Isnin, 10 Mac 2014

Dr AK: Meta-Coaching (6) - Aku Menulis Bukan Kerana Nama?


Saya sambung menulis mengenai meta-coaching. Dalam posting sebelum ini, topiknya berkaitan dengan kemahiran "supporting" dan "listening". Kini kemahiran yang ketiga iaitu "WFO questioning".

Apakah soalan WFO (well-formed outcome)?

Soalan WFO adalah soalan utama dalam meta-coaching namun saya umpamakannya seperti nasi. Kalau tiada lauk, kuah dan sayur, nasi tidaklah sedap dimakan walaupun mengenyangkan. Ia perlu digunakan bersama dengan kemahiran lain seperti "meta-questioning" dan "inducing state".

Berikut ialah 18 soalan WFO yang perlu dihafal dan digunakan secara "natural" dalam sesi meta-coaching mengikut turutan.

Soalan Asas:
1. Apakah yang anda mahu?
2. Outcome? (VAK)
3a. Mengapa?

Soalan Konteks:
4. Di mana?
5. Bila?
6. Dengan siapa?

Soalan Tindakan:
7. Tindakan?
8. Siapa lagi?
9. Boleh melakukannya?
10. Pernah cuba?

Soalan Meta:
11. Langkah (steps)?
12. Strategi/plan?
13. Pemantauan/feedback?
14. Menghalang?
15. Sumber dalaman/luaran?

3b. Mengapa? (masih ingin meneruskan?)

Soalan Semakan:
16. Ekologi?
17. Sudah putuskan?
18. Bagaimana tahu berjaya? (bukti)

Semasa bertanyakan soalan asas (1-3) dan soalan konteks (4-6), sesi coaching dibayangkan seperti kapal terbang yang masih berlegar-legar di ruang angkasa. Apabila "outcome" sudah jelas, barulah boleh mula mendarat dengan bertanyakan soalan tindakan (7-10), soalan meta (11-15) dan soalan semakan (16-18). Pastikan "outcome" jelas supaya mudah mencapai KPI (Key Performance Indicator).

Soalan 7 adalah sangat penting supaya boleh mendarat dengan sempurna. Jika jawapan kepada soalan 7, "Apa yang perlu dilakukan untuk mencapai kemahuan anda?" tidak jelas, maka soalan meta (11-15) akan dianggap "ungrounded" atau bahasa sasteranya "tidak berpijak di bumi nyata".

Saya beri contoh mudah dengan soalan dan jawapan yang kaku tanpa seni NLP dan Neuro-Semantics, sekadar untuk memahami penggunaan dan aliran soalan WFO.

Soalan 1, "Apa yang anda mahu?"
Jawapan, "Saya mahu menulis buku".

Soalan 2, "Apa yang anda lihat, dengar dan rasakan apabila menulis buku?"
Jawapan, "Saya lihat diri saya menulis buku bertajuk 'Syoknya Meta-Coaching' menggunakan laptop."

Soalan 3a, "Mengapa anda mahu menulis buku?"
Jawapan, "Saya mahu berbakti kepada masyarakat."

Soalan 4, "Di mana anda mahu menulis buku?"
Jawapan, "Di rumah."

Soalan 5, "Bila anda mahu menulis buku?"
Jawapan, "Minggu depan."

Soalan 6, "Siapa lagi yang terlibat dalam menulis buku?"
Jawapan, "Saya seorang saja."

Soalan 7, "Apakah yang perlu anda lakukan untuk menulis buku?"
Jawapan, "Saya perlu beli laptop, lakukan X dan Y."

Fokus kepada beli laptop supaya ringkas:

Soalan 8, "Selain anda, siapakah lagi yang terlibat untuk membeli laptop?",
Jawapan, "Saya seorang saja."

Soalan 9, "Mampukah anda membeli laptop?"
Jawapan, "Mampu."

Soalan 10, "Pernahkah anda cuba membeli laptop?"
Jawapan, "Tidak pernah."

Soalan 11, "Apakah langkah yang perlu dilakukan untuk membeli laptop?"
Jawapan, "Saya perlu keluarkan wang, pergi ke Plaza Low Yat dan beli laptop."

Soalan 12, "Apakah strategi/plan anda untuk membeli laptop?"
Jawapan, "Saya beli laptop jenama Acer, murah sedikit."

Soalan 13, "Bagaimana anda pastikan anda membeli laptop Acer bukan jenama lain?"
Jawapan, "Saya bawa duit yang secukupnya untuk beli Acer."

Soalan 14, "Ada yang menghalang anda untuk beli laptop Acer?
Jawapan, "Tiada."

Soalan 15, "Apakah sumber luaran dan dalaman yang anda ada untuk membeli laptop Acer?"
Jawapan, "Saya ada wang PTPTN (sumber luaran) dan saya tahu bagaimana hendak pergi ke Plaza Low Yat (sumber dalaman)."

Soalan 3b, "Adakah anda masih mahu menulis buku?"
Jawapan, "Ya!"

Soalan 16, "Adakah membeli laptop Acer memberi kesan kepada kehidupan anda?"
Jawapan, "Tidak. Saya ada banyak wang simpanan."

Soalan 17, "Sudahkah anda putuskan untuk membeli laptop Acer?"
Jawapan, "Ya!"

Soalan 18, "Apakah bukti yang bakal menunjukkan anda telah membeli laptop Acer?"
Jawapan, "Saya boleh tunjuk laptop Acer dan resit belian."

KPI: Memiliki laptop Acer (model tertentu) dan resit belian dalam masa seminggu.

Ulang soalan 8-18 untuk aktiviti X dan Y sehingga mencapai KPI.

Itulah contoh soalan WFO yang kaku dan ringkas untuk "outcome" yang mudah difaham. Mungkin KPI untuk sesi pertama ialah memiliki laptop, sesi kedua memastikan KPI tersebut dicapai dan melakukan meta-coaching untuk KPI kedua, contohnya, "Menghasilkan Bab Pertama dalam masa sebulan". Setiap sesi meta-coaching mempunyai KPI tersendiri dan dipantau untuk memastikan kejayaan.

Saya selalu beri perhatian kepada soalan "Mengapa" yang ditanya sebanyak dua kali. Soalan mengapa (3a) untuk mengetahui alasan kepada soalan "Apa yang anda mahu?" manakala soalan mengapa (3b) untuk memastikan klien masih ingin meneruskan hajatnya.

Jika saya ingin tahu samada menulis di sini cukup "compelling" untuk diteruskan, saya perlu bersandar dan kadang-kadang menggaru kepala sambil berfikir. Sila semak saya orang jenis apa? visual, auditori, kinestatik atau digital - soalan untuk NLPer.

Setelah berfikir saya dapati alasan utama menulis mengenai meta-coaching ialah supaya;

(1) pembaca mendapat gambaran sebenar dari sumber yang sahih,
(2) meta-coaching dikenali ramai. Kursus pertama ACMC diadakan di Malaysia pada Disember 2013, masih panas lagi dan baru.
(3) pengetahuan mengenai meta-coaching dapat dikongsikan bersama dengan rakan coach, trainer, learning fasilitator, kaunselor, mentor dan lainnya untuk kebaikan semua terutamanya klien.

Berdasarkan kepada tiga alasan skema ini saya rumuskan bahawa menulis adalah "compelling" untuk saya teruskan. Sebenarnya ada banyak lagi alasan yang masih di peringkat meta, belum dijolok untuk dijadikan alasan tegar.

Ada pujangga mengatakan, "Aku menulis bukan kerana nama". Soalan meta saya, "Apakah niat tertinggi pujangga itu bila dia menggatakan aku menulis bukan kerana nama?" Insyaallah bersambung lagi dengan kemahiran seterusnya iaitu "meta questioning".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan