Sabtu, 8 Mac 2014

Meta-Coaching (5): Madhuri Dixit Lalu Di Hadapan!


Soalan yang masih saya ingat dari MC Trainer Lena Gray dari New Zealand dalam kursus ACMC di Port Dickson ialah "Are you ready to learn vigorously in 8 days?" "Yup! I'm ready", balas saya dalam hati.

Saya bayangkan ianya kursus 9am-5pm. Apa sukarnya, cuma 8 hari saja. Kenyataannya tidak seperti yang dibayangkan, ianya adalah kursus 9am-9pm ditambah lagi dengan 7 kali ujian penanda aras dan aktiviti dalam kumpulan yang diketuai oleh Pak Utoro (Kumpulan 3) dari Indonesia selepas itu. Ada projek yang perlu dipersembahkan pada akhir kursus.

Ianya memang "vigorous". Bila saya ingat balik, angan-angan saya untuk bersiar di tepi pantai; melihat laut yang luas, merasa halusnya pasir dan mendengar suara ombak tidak sempat dilaksanakan.

Ucapan MC Trainer Colin Cox dari New Zealand yang masih saya ingat ialah "Cup's useful when it's empty." Itulah kerangka yang selalu diletakkannya pada awal setiap kursus. Saya sempat mengikuti kursus "Accessing Personal Genius" (APG) dan "Training with Music" dengan beliau.

OK! kembali kepada topik asal. Sebelum ini saya ada sebut tujuh kemahiran asas iaitu "Supporting", "Listening", "WFO Questioning", "Meta-Questioning", "Giving Feedback", "Receiving Feedback" dan "Inducing States". Sekarang tibalah masanya untuk "Listening".

Apa susahnya hendak mendengar (listening)?

Ianya mudah jika hanya berdiam diri dan memasang telinga tetapi "listening" lebih jauh dari itu. Ianya proses yang sangat mencabar terutama bagi mereka yang tugasnya mengajar atau memberi arahan seperti pensyarah, guru dan trainer lebih-lebih lagi berjawatan tinggi kerana "ego" akan memandu dan mendengar secara "defensive" (tidak terbuka).

Kemahiran yang perlu dipelajari ialah "listening" dengan mata dan telinga sehingga dapat melihat dan mendengar "ruang semantik".

Ini bermaksud coach perlu mendengar perkataan yang disebut dan melihat pergerakan dan "gesture" yang datang bersama dengan perkataan itu. Contohnya jika coachee menyebut "Saya bertolak dari Bangkok ke Chengmai dengan gembiranya" sambil mengerakkan tangannya dari kiri ke kanan pada ruang di hadapannya dan tersenyum bila menyebut perkataan "gembira", coach perlu memerhati, mendengar dan merekodkan ke dalam minda apa yang dilakukan oleh coachee di hadapannya.

Apabila bertanya, coach biasanya akan "rephrasing" ayat tersebut dan "matching" pergerakan dan "gesture" contohnya "Saya dengar kamu kata kamu bertolak dari Bangkok ke Chengmai dengan gembiranya, ... (tunggu pengakuan dari coache beberapa detik, biasanya coachee akan mengangguk atau menyebut "ya". Ini tips untuk tambah markah semasa ujian penanda aras), apabila kamu sebut perkataan "gembira" apa yang kamu bayangkan?" sambil "matching" pergerakan tangan, bibir (senyum), suara (tona, volume, tempo) dan energy.

Mungkin berbeza dengan kaunselor dan coach lainnya, Meta-coach dilarang melakukan "pharaphrasing". Ini bermaksud jika soalan coach "kamu pergi ke Chengmai dari Bangkok dengan seronoknya...", adalah dianggap salah dari segi semantik kerana makna perkataan "bertolak" tidak sama dengan perkataan "pergi", begitu juga dengan perkataan "gembira" dan "seronok". Selain itu perkataan "Chengmai didahulukan dari perkataan "Bangkok" juga memberi makna yang berbeza. Ini juga bermaksud ayat aktif tidak dibenarkan menjadi pasif seperti "Ali menyepak bola" kepada "Bola disepak oleh Ali" kerana semantiknya berbeza. Satu menekankan kepada subjek (Ali) dan satu lagi kepada objek (bola).

Mengapa perlu "rephrasing"?

Jawapan ringkas ialah meta-coaching lahir dari Neuro-Semantics yang mengambilkira "psychology of meaning" selain psikologi kognitif, developmental dan self-actualization dalam sistemnya. Antara tujuannya ialah untuk "instant rapport" dan "matching meaning" yang diberikan oleh coachee. Ia juga berkaitan dengan "clean language" yang tiada unsur "mind reading", "imposing", "telling", "leading" dan sebagainya.

Makna penting kerana ia melibatkan "meta-stating" atau perubahan kerangka dalam minda. Contohnya makna "gembira" mungkin berbeza dengan makna "seronok" bagi coachee. Mungkin coachee memberi makna negatif kepada "seronok" bila coach menggunakan perkataan tersebut semasa "pharaphrasing". Jadi ia dielakkan oleh meta-coach.

Antara perkara yang digalakkan semasa "listening" ialah berdiam diri untuk memberi masa kepada coachee berfikir, bertanya soalan mengenai perkara yang tidak disebut, mengajak coachee kepada kesedaran, melakukan "tracking", meminta penjelasan bagi perkataan tertentu, mengulangi "keywords", memandang mata dan mengalakkan perbualan dengan berkata "okay", mengangguk, dll. Sekali angguk juga direkod dan dikira markah semasa ujian penanda aras.

Antara perkara yang dilarang semasa "listening" ialah "paraphrasing", "keywords" tidak diulang, "distract" (menganggu), "mind-reading", "tell", "impose", "interrupts" dan "talk over".

Jika hendak diterangkan satu persatu mungkin memakan helaian mukasurat, cukuplah apa yang diterangkan sebagai gambaran kepada aktiviti "listening". Memandangkan ianya adalah aktiviti yang aktif serta memakan banyak memori minda terutamanya untuk "tracking" perbualan dari mula hingga akhir, perkataan demi perkataan yang penting, ianya memerlukan fokus yang tinggi dari mata dan telinga.

Kejayaan meta-coaching banyak bergantung kepada kemahiran ini. Tips yang saya terima ialah hilangkan "noise" (gangguan) iaitu perbualan, perasaan atau gambaran yang tidak diinginkan dalam minda. Ia boleh dilakukan dengan menggunakan corak (pattern) dalam NLP atau Neuro-Semantics.

Elakkan minda dari berfikir soalan WFO atau soalan Meta yang akan ditanya seterusnya semasa "listening". Percayakan kepada minda subconcious bahawa semua soalan tersebut sudah tersedia dalam minda untuk digunakan bila perlu. Selepas coachee habis bercakap, barulah ambil sedikit masa untuk mencari soalan yang sesuai mengikut arus (flow) perbualan coachee.

"Listen" dengan mata dan telinga seolah-olah hanya coachee sahaja yang wujud di sepanjang sesi coaching. Kalau Madhuri Dixit lalu di hadapan (emak mertua suka lalu di belakang) pun tidak perasan. Tips ini berkesan untuk saya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan