14hb Jan 2013. Bengkel Artificial Neural Networks diadakan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Saya dijemput sebagai fasilitator. Terima kasih kepada PM Dr Nur Azura dan PM Dr Fauziah yang memberi kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan bengkel tersebut.
Apa yang saya dapati, penyelidik-penyelidik di sini kebanyakan "above the average" dari segi penggunaan ANN dalam penyelidikan. Mereka sudah melangkah satu tapak ke hadapan iaitu membuat jangkaan (prediction) untuk masa hadapan menggunakan Neural Network Time Series Tool, sesuai dengan penyelidikan mereka dalam bidang Pengurusan dan Ekonomi. Terima kasih juga kepada Adzie Faraha dan rakan-rakan yang telah belanja saya makan ICT (ikan celup tepung). Rasa sebahagian dari jiwa saya berada di sana. Insyaallah semuanya berjaya dalam penyelidikan.