Monday, January 7, 2013

Dr AK: Vision Board (LUA)


Setelah tujuh hari menjelang 2013 baru dapat menghasilkan Vision Board. Ini ilmu yang saya belajar dari Tuan Zuhairi Mohd Nopiah (Ateh) setelah membaca buku dan menghadiri preview LUA oleh beliau di Johor baru-baru ini. LUA (Law of Universal Attraction) adalah adaptasi LOA (Law of Attraction) yang telah dimurnikan menurut kepercayaan Islam oleh penulis setelah menjalankan kajian yang mendalam.

Saya berpeluang untuk berkongsi bilik hotel dan singgah makan tengahari di rumah beliau di Seremban. Alhamdulillah! sedap masakan isteri beliau dan sejuk rumah beliau di pinggir bukit. Saya mengalakkan setiap orang Islam menghadiri bengkel yang dikendalikan oleh beliau serta mengamalkan LUA kerana ia adalah doa yang efektif. Semoga usaha beliau mendapat rahmat dan keberkatan di dunia dan akhirat. Amiin!


==================
P/S: Pagi ini nampak VW Beetle atas jalan di trafik light UKM dalam perjalanan ke pejabat. Dalam hati saya berkata "Betullah cakap Ateh. Baru semalam saya letakkan dalam Vision Board, pagi ini VW Beetle menari-nari di hadapan saya." Insyaallah rezeki isteri saya tahun ini. 

Untuk saya pula bagaimana? mungkin "meta program" saya sama dengan penyelia saya di Malaysia "Saya pakai kereta untuk bergerak dari point A ke point B" katanya dan penyelia saya di luar negara yang berkereta buruk/berbasikal ke universiti walaupun mereka adalah profesor ulung. Ini tidak bermakna saya tidak mempunyai keinginan kepada harta benda, mungkin bertumpu kepada benda yang lain, (jet pribadi... oopps kansel) eerr buku misalnya. :) Saya raikan cita-cita bersifat harta benda kerana "kemahuan" yang kuat mendorong untuk "bekerja keras". Jika disalurkan ke arah yang benar, menguatkan agama (sedekah, zakat, dll), bangsa (basmi kemiskinan) dan negara (ekonomi). 

Mungkin minda saya masih terikat dengan kata-kata Nabi s.a.w: “Kekayaan sebenar bukanlah dengan kerana banyaknya harta benda tetapi kaya yang sebenar itu adalah kaya jiwa.” (Imam al-Bukhari) dan kata-kata Imam Ali: "Ilmu akan menjaga diri mu, sementara harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjaganya." dan juga kata-kata Zig Ziglar "Money won't make you happy... but everybody wants to find out for themselves." Harap kata-kata ini tidak menjadi toksik tetapi memurnikan matlamat dan berfikiran ekologikal dalam mengejar cita-cita. 

Saya gemar membaca status Facebook Dato Roslan, sahabat/mentor hebat yang ingin saya kenali dengan lebih rapat di alam realiti. 



Antara petikan kata-kata Dato Roslan Ab Hamid dari status FB beliau:

Status 1:

Isteri bertanya," bolehkah abang berjanji dengan saya satu perkara?. Jawab, BOLEH kalau abang sayangkan saya".."ermmm apa dia?" kata saya. "Abang jawab dulu, BOLEH",kata isteri. Maka, untuk tidak melanjutkan bicara saya jawab "BOLEH".... dan isteri pun berkata lembut bicara, "abang, BOLEH KAH jangan beli sebuah buku pun untuk tahun 2013". Saya pun pura pura tidur dan dalam lena dan jaga saya bermimpi..wahai isteri..bukan aku tidak sayang pada dirimu, tapi permintaan mu itu seumpama mencabut keluar seluruh jiwaku. Hari ini 7hb Januari..dalam 7 hari 15 buah buku telah ku beli. Padanlah isteri ku sangat gusar sekali memikirkan ketagihan tidak terkawal suaminya ini.

Status 2:
3 perkara yang saya belajar malam tadi: (1). Alkaline Your Energies. Dalam kata mudah telan semua kepahitan dan terus maju kedepan. (2). Dalam hidup ini sentiasa ada 2 siuasi: Circle of Control dan Circle of No Control. Lakukan yang terbaik pada CoC. Jangan merungut pada CoNC. (3) Ada 2 cermin dalam kehidupan. Cermin Sosial dan Cermin Sebenar. Tumpuan harus pada Cermin Sebenar. Luhur Diri kita yang sejati. Cermin Sosial boleh retak seribu tapi Cermin Sebenar tidak bergoyang walaupun seinci.

No comments:

Post a Comment