Saturday, January 26, 2013

Dr AK: Ke GONTOR Apa Yang Kau Cari - (3)

20 Jan 2013. PMD Gontor mula cuti selama 10 hari. Ibu-bapa dari pelbagai pelusuk Indonesia, Malaysia, Thailand, Singapura dan negara lain membanjiri bumi Ngawi dan Ponorogo untuk membawa pulang anak masing-masing.

Itulah juga yang dilakukan oleh saya pada hujung minggu tersebut, berdebar-debar menunggu anak keluar dari pondok modern pada jam 10 malam. Setelah lama mencari dalam gelombang hijau ribuan pelajar anak PMD, akhirnya bertemu dengan anak kesayangan. Kami berangkat ke Ponorogo pula untuk mengambil seorang lagi anak di PMD Gontor 2.

Suasana di Ponorogo sibuk dengan urusan membungkus barang dan mengosongkan bilik. Kebanyakannya suspen untuk mengetahui kemanakah mereka akan dipindahkan setelah ujian yang dilakukan baru-baru ini. Alhamdulillah anak saya akan ke PMD Gontor 3 di Kediri, satu kawasan pergunungan yang pesat membangun dan cantik pemandangannya. Selamat tinggal Ponorogo bumi reog, mungkin inilah kali terakhir saya ke sana.

Seterusnya... Ke GONTOR Apa Yang Kau Cari? - (4)