Tuesday, September 18, 2012

Dr AK: Fundamental of MATLAB & Artificial Neural Networks


18hb Sept. 2012. Bengkel "Fundamental of Matlab & Artificial Neural Networks" diadakan di Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, UKM. Peserta terdiri daripada pelajar sarjana dan PhD serta pensyarah dari pelbagai bidang. Hari ini peserta didedahkan dengan pengaturcaraan komputer menggunakan MATLAB.

"Saya teruja melihat semangat peserta untuk mendalami pengaturcaraan komputer. Kebanyakannya menggunakan MATLAB dan ANN untuk menganalisa data dalam penyelidikan mereka. "Good Luck!" - Dr AK

Maklumat lanjut mengenai bengkel:
http://www.bengkelmatlab.com/






19hb. Sept. 2012, hari kedua Bengkel MATLAB dan Artificial Neural Networks. Hari ini peserta didedahkan dengan "flow control" dan Artificial Neural Networks dengan menggunakan data sebenar di lapangan. Peserta juga didedahkan dengan analisa statistik menggunakan kaedah "Response Surface Methodology".







Monday, September 17, 2012

Dr AK: Cerita Asal "MAT JENIN"

Syahadan, maka tersebutlah kisah seorang pemuda yatim piatu yang dikenali sebagai Mat Jenin. Pemuda itu hidup sebatang kara di sebuah desa di gerubuk peninggalan ibubapanya. Gerubuk itu teramatlah daifnya dengan dindingnya yang senget dan atap rumah yang bocor apabila hujan turun dengan lebatnya.

Akan tetapi semua itu tidaklah dipedulikan oleh Mat Jenin kerana dia amat malas membuat kerja. Malah untuk membaiki gerubuk pusaka itu pun tidak di pedulikannya. kerjanya pula sehari-harian hanyalah memasang angan-angan. Maka mashyurlah seluruh daerah itu tentang tabiat dan perangainya itu menjadi buah mulut orang.

Akan apabila Mat Jenin berasa lapar, pergilah ia ke kedai makan dan duduk menunggu di situ kalau-kalau ada orang yang baik hati yang akan menanggung makan-minumnya. Maka kalau ada sesiapa yang ingin berseronok, segeralah dia menegur Mat Jenin bertanyakan angan-angannya yang terbaru.

Mat Jenin pun bersegeralah menceritakan angan-angannya itu tanpa bertangguh lagi apatah lagi jika yang menegur itu pula menyuruh dia meminta apa-apa makanan yang diingini. Maka Mat Jenin akan bercerita sehingga sehari suntuk tidaklah dia mahu berhenti. Apabila kerbau sudahpun balik ke kandang, ayam dan itik pulang ke sarang, api menyala di dian, barulah dia balik ke gerubuk buruknya itu untuk tidur.

Angin ribut yang bertiup pun tidak dibimbangnya, malah jikalau gerubuk buruknya bergegar dipukul angin, dia hanyalah menarik kain selimutnya dengan lebih rapat lagi sambil berangan-angan Katanya jikalaulah roboh gerubuk itu, tentulah jiran-jiran sekeliling akan membantu dia membina rumah baru. Jadi tidaklah lagi dia perlu bersusah-payah membaiki teratak buruk itu. Akan begitulah kerja Mat Jenin itu sehari-hari.

Jika apabila tidak ada orang yang hendak membayar makan-minumnya barulah dia mencari kerja. Tetapi kerja yang dibuatnya pula dipilih-pilih, tidaklah dia ingin membanting tulang di sawah padi kerana panas, ataupun pergi menangkap ikan kerana mabuk katanya.

Oleh itu apa yang sanggup dilakukan oleh Mat Jenin hanyalah memanjat pokok kelapa, kerana menurutnya kerja itu teduh dan berangin pula. Itupun Mat Jenin hanyalah mengambil upah memanjat pokok kelapa apabila dia memerlukan duit belanja.

Tersebutlah pada suatu hari nasib Mat Jenin tidak begitu baik kerana tidak ada orang yang ingin membayar makan-minumnya. Maka terpaksalah dia mencari-cari sesiapa yang ingin mengupahnya memanjat pokok kelapa. Tetapi lebih malang lagi nasibnya itu, pada hari itu dia tidak berjumpa dengan sesiapa pun yang memerlukan kelapanya dipetik. Maka terpaksalah dia merayau-rayau sekeliling kampung dalam keadaan kelaparan.

Sedang dia duduk berfikir-fikir seorang diri tentang apa yang perlu dilakukannya maka nampaklah olehnya seorang nenek tua sedang mendongak-dongak ke atas melihat-lihat buah kelapa.

"Nenek nak kelapa? Saya boleh tolong panjatkan." sapa Mat Jenin Nenek itu berpaling ke arah Mat Jenin

"Memang nenek mencari buah kelapa untuk memasak. Boleh ke cucu tolong petikkan untuk nenek?"

"Sudah tentu boleh nenek. tetapi apa yang nenek boleh berikan kepada cucu sekiranya cucu tolong petikkan buah kelapa nenek?" tanya Mat Jenin.

Jawab nenek tua itu, "Nenek tak ada banyak benda nak nenek beri. Tetapi kalau cucu sanggup petikkan buah kelapa ini untuk nenek, bolehlah cucu makan sekali dengan nenek. Lagipun nenek boleh berikan beberapa biji telur ayam untuk cucu."

"Saya nak buat apa telur ayam tu." kata Mat Jenin.

"Telur ayam ini kalau cucu eramkan, nanti akan menetas. Bolehlah cucu membela ayam,"jawab nenek itu lagi. Mat Jenin duduk berfikir sejenak di dalam hatinya, kalau telur itu menetas sudah tentu aku akan dapat membela ayam untuk aku jual.

"Baiklah nenek, sangguplah saya memanjat kelapa ini untuk nenek." Setelah berkata demikian, maka Mat Jenin pun mulalah memanjat pokok kelapa itu. Ketika mula hendak memanjat itu, dia asyik berfikir tentang kata-kata nenek itu maka hatinya bertambah girang.

"Kalau aku eramkan telur-telur itu tentulah telur-telur itu menetas. Bolehlah aku biarkan ayam-ayam itu sekeliling gerubuk aku sehingga besar. Apabila sudah besar bolehlah aku makan." Setelah berfikir demikian, dia pun berpaling kepada nenek itu dan berkata, "Kalau telur-telur itu menetas bolehlah saya makan ayamkan, nenek?"

Nenek tua itu kehairanan tetapi terus sahaja menjawab "Betul cu." Sambil Mat Jenin berangan-angan, dia terus memanjat pokok kelapa itu semakin tinggi.

"Tetapi kalau aku biarkan ayam-ayam itu bertelur tentulah semakin banyak ayam-ayamaku membiak. Jadi tentunya aku akan dapat banyak daging dan telur untuk aku makan.Tetapi kalau terlalu banyak tentu susah aku menjaganya. Jadi baik aku tukarkan ayam-ayam itu dengan kambing tentu lebih beruntung. Bolehlah aku biarkan kambing-kambing itu mencari makan di keliling gerubuk aku. Tak perlu aku bersusah payah memanjat pokok kelapa lagi. Dan lagi tidak perlulah aku risau-risaukan menjaga ayam-ayam itu banyak-banyak." fikirnya lagi.

Setelah berfikir demikian, dia pun berpaling kepada nenek itu dan berkata "Kalau ayam-ayam itu saya jual bolehlah saya dapatkan kambing, kan nenek?" Nenek tua itu berasa geli hati mendengarkan kata-kata Mat Jenin itu tetapi dia terus menjawab "Betul tu cu."

Mat Jenin memanjat semakin tinggi, sambil itu dia berangan-angan semakin tinggi,"Kalau aku sudah banyak kambing, aku akan tukarkan dengan lembu pula. Lagipun lembu itu lebih gemuk dan banyak dagingnya. Tentu aku bertambah kaya dan dihormati orang."

Sekali lagi dia menoleh ke bawah melihat nenek itu, "Kalau saya tukarkan kambing itu dengan lembu tentu lagi baik, kan nenek?" dia menjerit ke bawah. Nenek itu terus menjawab "Betul tu cu.." sambil tersenyum-senyum, menampakkan gusinya yang tidak bergigi itu. Nasib baik Mat Jenin sudah jauh di atas pokok kelapa dan tidak nampak nenek itu mentertawakan dia.

Mat Jenin semakin kuat berangan-angan, "Kalau aku sudah dapat membela lembu, tentu aku dapat mengupah orang untuk menjaga lembu-lembu itu sehingga beranak pinak. Jadi aku akan dapat lebih banyak lembu, aku akan jadi kaya. Tak perlulah aku susah payah berkerja lagi. Bolehlah aku membela kerbau pula nanti."

Sekali lagi dia memekik ke bawah, "Nenek! kalau saya sudah banyak lembu bolehlah saya tukarkan dengan kerbau pula ye, nenek. Kayalah saya masa itu."

Sekali lagi nenek itu menjawap, "Betul tu cu." "Kalau cu sudah kaya bolehlah cucu berkahwin." tambahnya lagi.

Mat Jenin mengangguk-anggukkan kepalanya, "Kawin!" Dia terus memanjat semakin tinggi meninggalkan nenek itu sayup-sayup di bawah sana.

Ya! Ya! Kalau selama ini tidak ada perempuan yang ingin memandang mukanya kerana kemiskinannya, tentu akan berebut-rebutlah perempuan yang gilakannya setelah dia kaya nanti. Tetapi, masa itu dia tidak akan melayan perempuan- perempuan itu. Dia sudah pun kaya dan tentu dia dapat memilih siapa calon isterinya nanti. Ya! Ya! dia sudah tentu memilih isterinya dari perempuan-perempuan yang istimewa. Dia akan memilih puteri raja.


"Nenek! Saya akan kahwin dengan puteri raja." jeritnya ke bawah. Jawapan nenek itu hanya sayup-sayup, tidak didengarinya kerana dia sudah pun tinggi di atas pokok kelapa. "Tentu aku akan mempunyai ramai anak." fikirnya lagi sambil tersenyum- senyum. "Dan mereka akan berlari-lari membuat bising."

"Isteri aku tentu akan mengidamkan perhiasan emas dan meminta dari aku. tetapi aku tidak akan beri. Kalau dia membuat bising, tentu aku akan tampar dia seperti ini."

Serentak dengan itu Mat Jenin melepaskan pelukannya dan menampar pelepah kelapa itu sambil menengking "Jangan nak mengada mintak barang kemas dari aku.", dan ketika itu bertempiaranlah seekor tupai yang sedang menyorok di celah pelepah kelapa itu, mengejutkan Mat Jenin dari angan-angannya itu.

Mat Jenin terkejut besar sehinggakan terlepaslah pegangannya dari pokok kelapa itu.Maka jatuhlah dia dari pokok kelapa itu sampai ke bawah, berdebuk seperti buah kelapa tua yang luruh bunyinya. Terkejutlah nenek tua itu melihatkan Mat Jenin terjatuh dan bersegeralah dia meluru untuk memberikan pertolongan Malangnya Mat Jenin telah mati di situ juga.

Maka dengan itu tamatlah riwayat Mat Jenin yang terlampau suka berangan-angan sehinggakan menjadi mangsa angan-angannya itu sendiri. Demikianlah diceritakan orang kisah Mat Jenin yang malang.

Pengajaran yang didapati ialah:
1.Jangan berangan-angan
2.Buat kerja dengan bersungguh-sungguh
3.Jangan lalai ketika membuat sesuatu pekerjaan.

Diceritakan semula oleh: Nor Amalina Rahim
Sumber: Internet

Dr AK: Sikap atau "Straight As"?


Saya pernah terbaca kenyataan yang mengatakan kajian dari Harvard University menunjukkan 85% kejayaan bergantung kepada sikap, cuma 15% bergantung kepada kemampuan (akademik).

Peta dalam minda saya mengambarkan pelajar sekolah seeloknya diberi perhatian kepada pembentukan sikap dan akhlak lebih dari hal akademik. Mereka perlu tahu bagaimana menghormati guru, ibu-bapa dan rakan-rakan, tahu mengatasi tekanan dalam hidup, tahu menerima dan menghadapi "kegagalan", tahu berkomunikasi secara efektif, tahu berdikari, tahu bertangung-jawab dan tahu melakukan kerja-kerja rutin serta bersemangat melakukan sebarang kerja yang diberi.

Baru-baru ini saya berbincang dengan seorang sahabat mengenai arah tuju pendidikan negara, isu pelajar UPSR tidak dibenarkan masuk dewan peperiksaan. Satu perkara yang menarik perhatian saya ialah pendapatnya tentang sikap orang kita (ibu-bapa dan guru) yang terlalu memberi penekanan kepada "Straight As", seolah-olah pelajar adalah "ayam sabung" yang perlu membawa pulang kejayaan untuk sekolah dan keluarga. Jika sudah ada harapan untuk "gagal", tidak boleh masuk "bertanding". Ujian dianggap sebagai satu pertandingan, bukannya sebagai satu wadah untuk melihat kemampuan dan memperbaiki kelemahan.

Saya teringat satu andaian dalam NLP, "Tiada kegagalan, yang ada cumalah maklumat (feedback)". Jika tidak "gagal" 1000 kali, Thomas Edison tidak berjaya mencipta mentol.  

Mungkin hasil dari pertandingan ini (UPSR, PMR, SPM, Ijazah) bagi yang berjaya atau golongan "straight As" ini ialah pekerja yang "hebat", yang sukar ditegur, yang sukar menerima "kegagalan" dan yang tidak menerima pendapat orang lain manakala bagi yang "gagal" pula, hidup mereka merudum ke arah yang negatif seperti terlibat dengan kegiatan merempit, kaki-lepak dan lain-lain. Ini adalah apa yang saya visionkan jika elemen "sikap" tidak diambil berat. Inikah outcome yang kita kehendaki dan inikah pengajaran yang ingin kita sampaikan?

Sunday, September 16, 2012

NLP: Tukang Gunting

Tukang gunting berkata, "Saya tidak percaya Tuhan itu ada. Cuba anda lihat di depan sana... (arah jalan), katakan kepadaku, jika Tuhan itu ada, adakah orang yang sakit? Adakah anak-anak menderita? Jika Tuhan itu ada, tidak akan ada bencana dan kesusahan. Saya tidak dapat bayangkan Tuhan Yang Maha Penyayang akan membiarkan ini semua terjadi."

Pemuda yang sedang digunting rambut hanya diam tanpa respons karena tidak ingin melawan pendapat sehinggalah tukang gunting selesai pekerjaannya. Setelah siap digunting, dia berkata, "Kamu tahu, sebenarnya tidak ada tukang gunting."

"Saya kan tukang gunting. Baru saja saya gunting rambut kamu!" kata tukang gunting.

"Tidak!" kata pemuda itu. "Tukang gunting tidak ada, jika ada, tentu tidak akan ada orang berambut panjang di luar sana", sambung pemuda itu.

"Tidak betul! tukang gunting tetap ada!", kata tukang gunting. "Apa yang kamu lihat itu adalah salah mereka sendiri, mereka tidak datang kepada saya", jawab tukang gunting membela diri.

"Betul!" kata pemuda itu tanda setuju."Itulah point saya. Sama dengan Tuhan, TUHAN ITU ADA. Tapi apa yang terjadi ialah orang TIDAK MAU DATANG kepadaNYA, dan TIDAK MAU MENCARINYA. Oleh itu banyak yang ditimpa bencana dan kesusahan di dunia ini."

* Carilah Tuhan kerana rohani adalah peringkat tertinggi dalam aras neuro-logikal... ia dapat merubah identiti diri, kepercayaan, keupayaan, kelakuan dan persekitaran seseorang - Dr AK

Sumber: Internet
 

Friday, September 14, 2012

NLP: Kisah Batu Ajaib

Ada seorang pemuda yang suka membaca. Pada suatu hari dia membaca sebuah kitab lama. Di dalam kitab itu menceritakan tentang sebuah pantai yang mempunyai seketul batu hidup yang boleh mengubah benda menjadi emas.

Setelah mempelajari isi kitab dan memahami selok-belok batu tersebut, pemuda itu pun berangkat menuju ke pantai yang diterangkan.

Diceritakan dalam kitab itu bahawa batu ajaib itu agak panas bila dipegang seperti menyentuh makhluk yang hidup.

Setiap hari pemuda itu memungut batu, merasakan suhu batu tersebut lalu membuangnya ke dalam laut setelah yakin batu itu sejuk. Dari seketul batu, dua ketul batu, tiga ketul batu dan hinggalah beribu-ribu ketul batu dipungut dan dilemparkannya kembali ke dalam laut. Dari satu hari, satu minggu, satu bulan hinggalah setahun dia berada di pantai itu. Mengenggam dan membuang batu telah menjadi kebiasaannya.

Pada suatu hari, batu yang dicari itu tergenggam di dalam tangannya. Namun karena dia telah terbiasa membuang batu ke laut, maka batu ajaib itu pun dibalingnya ke dalam laut. Pemuda itu melanjutkan "permainannya", memungut dan membuang batu. Dia lupa apa yang sedang dicarinya.

* Bila hidup ini cuma suatu rutin yang membosankan, kita hilang kesempatan untuk menemukan nilai baru dalam kehidupan. Pada awalnya kitalah yang menciptakan kebiasaan. Lama-kelamaan, kebiasaanlah yang menentukan tingkah laku kita.

P/S: Kalau kebiasaan berfacebook, lama-lama berfacebook itu menjadi tabiat kita.

Sumber: Internet

Monday, September 10, 2012

Dr AK: Klinik "Fobia" dan "Stress"

Sumber: Internet

Klinik "Meta"
Masa: 9 am - 12 pm (tengahari) *
Hari:  Setiap Jumaat 

Tempat:  Bilik 13, Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, UKM, Bangi
Tel/SMS:  018-3792011
* Sila buat temujanji sebelum datang.Terima kasih.

Menurut American Psychiatric Association, fobia dicirikan oleh satu ketakutan yang ketara dan berterusan yang berlebihan atau tidak munasabah, contohnya takut kepada ketinggian, haiwan seperti ular, menerima suntikan, melihat darah dan lain-lain.

Satu kajian oleh Institut Kesihatan Mental mendapati 18 peratus daripada rakyat Amerika (55 juta) mengalami sekurang-kurangnya satu fobia. Bagaimana dengan Malaysia? Saya rasa banyak orang mengalami fobia dan masalah itu dibawa sepanjang hidup jika tidak dirawat. 

Sebelum wujudnya NLP
(Neuro-Linguistic Programming), mengubati fobia adalah sukar dan mengambil masa yang lama. Dengan NLP, prosesnya sangat cepat. Namun, tidak ramai pengamal NLP yang bersedia untuk menggunakan "Fast Phobia Cure Pattern" di lapangan. Contoh rawatan menggunakan salah satu teknik (pattern) untuk menghilangkan fobia labah-labah ditunjukkan dalam klip video di bawah. Diharap dengan adanya klinik ini dapat membantu meringankan penderitaan orang yang mengalami. 

Selain fobia, klinik ini dibuka untuk penyelidik dan pelajar yang ingin menghilangkan stress, runsing, marah serta "mental block" yang melimitkan kecemerlangan diri. Perkhidmatan coaching one-to-one (kaedah NLP) juga disediakan bagi yang mahu mengembangkan potensi diri dengan menggunakan teknologi yang ada dalam Meta-State Engineering.

Sumber: Internet
Kelebihan teknologi ini ialah perawat tidak perlu mengetahui cerita sebenar atau menyiasat punca-punca masalah yang berlaku kepada klien, contohnya masalah "putus cinta", "rumah tangga", "kewangan", atau kes trauma, yang penting perawat tahu apa yang klien mahu (outcome) seperti "tenang", "bahagia" dan "yakin". Bagi kes fobia, sedikit info diperlukan untuk mengetahui jenis phobia. Rawatan dibuat dengan mengkaji struktur bukan kandungan masalah.  


Sumber: Internet
P/S: Ada yang bertanya mengenai bayaran, saya katakan klinik ini dibuka untuk membantu meringankan beban serta meningkatkan kecemerlangan diri. Tidak perlu risau tentang bayaran.

Kalau hendak tengok saya di rancangan TV "PRIMADONA", sila  <<klik sini>>

"Meta-State Engineering"

 

Meta-State Engineering ialah ilmu yang melibatkan minda. Ia bersumber daripada

(1) Neuro-Linguistic Programming (NLP)
(2) Neuro-Semantics (NS)
(3) Hipnosis/Hipnoterapi
(4) Grafologi (Analisa tulisan tangan)
(5) Pemikiran Kritis
(6) Asma ul Husna

Ia dikembangkan melalui latihan, terapi dan coaching secara profesional.


Kelakuan terjadi apabila kita memberi beberapa lapisan "makna" yang melibatkan fikiran dan perasaan kepada stimulus setelah berlaku aktiviti penapisan (delete, distort dan generalize). Untuk menghasilkan kelakuan yang dikehendaki, kita perlu merekabentuk (design) beberapa lapisan makna yang abstrak dalam minda bawah sedar (subconscious).

"Merekabentuk" adalah tugas yang biasa dilakukan oleh jurutera dan selayaknya dianggap sebagai "Engineering". Oleh itu, istilah Meta-State Engineering adalah bersesuaian dengan tugas seorang "jurutera minda" terutamanya yang mengadaptasi pendekatan Neuro-Semantics oleh Dr. Michael Hall.

Bagi yang biasa dengan pendekatan Neuro-Linguistic Programming (NLP) oleh Dr. Richard Bandler yang memberi penekanan kepada submodaliti dan predikat (VAK) untuk merekabentuk wayang minda, istilah Design Human Engineering™ dan Persuasion Engineering™ telah lama digunakan secara meluas. Jadi bukanlah perkara yang baru untuk menggunakan istilah "Engineering".

Dalam Meta-State Engineering, fokus utama ialah "permodelan minda" terutamanya pakar sesuatu bidang supaya kecemerlangan dapat dipindahkan kepada orang lain atau dijadikan sistem yang boleh digunakan oleh ramai. Contoh aplikasi, <klik sini>


NLP: Mengapa Saya?

Arthur Ashe adalah pemain tenis kulit hitam dari Amerika yang pertama kali merebut gelaran "Grand Slam" dan memenangi US open (1968), Australia open (1970) dan wimbledon (1975).

Pada tahun 1979 dia terkena serangan jantung dan menjalani operation "by pass". Setelah 2 kali melakukan operation, dia terinfeksi Virus HIV melalui pemindahan darah yang diterima.

Seorang peminat menulis surat kepadanya, "Mengapa Tuhan memilihmu untuk menderita penyakit itu?"

Arthur menjawab: "Di dunia ini ada 50 juta orang yang ingin bermain tenis, di antaranya:

* 5 juta orang yang belajar bermain tenis
* 500 ribu orang belajar menjadi pemain tenis profesional
* 50 ribu orang datang ke arena untuk bertanding
* 5000 orang mencapai tournament Grand Slam
* 50 orang berhasil sampai ke Wimbledon
* 4 orang di semifinal
* 2 orang di final

Dan ketika saya mengangkat trofi Wimbledon, saya tidak pernah bertanya kepada Tuhan, "Mengapa saya yang menjadi juara?"

Jadi ketika saya dalam kesakitan, tidak seharusnya juga saya bertanya kepada Tuhan "Mengapa saya?".

*Dalam kehidupan, kita perlu sedar (Aware) tentang kelemahan diri, menerima (Accept) atau redha dan melakukan (Act) tindakan atau perubahan. Terdapat pelbagai teknik (patterns) dalam NLP untuk melakukan perubahan kepada kepercayaan dan kelakuan yang melimitkan kecemerlangan diri. - Dr AK

Sumber: Internet

Saturday, September 8, 2012

Dr AK: Kursus "Meta Trance Model"


8 Sept. 2012. Kursus "Meta Trance Model" atau "Hypnotic Communication" yang dikendalikan oleh Tn Hj Md Taib Mat diadakan di Shah Alam. Kebanyakan peserta terlibat dalam program Master NLP Practitioner (ISNS) yang dijangka tamat pada bulan Disember 2012 nanti.

"Dua hari yang amat bermakna bagi mereka yang mengikuti program "Meta Trance Model" (Hypnotic Communication). Beberapa corak 'timeline' yang lebih "powerful" dari peringkat asas NLP ditunjukkan. Tahniah kepada kumpulan pertama ini yang berjaya melepasi modul dalam Certified Master NLP Practitioner ini. Way to go." - Hj. Md Taib Mat





 9 Sept. 2012. Hari kedua kursus.















 

Friday, September 7, 2012

Dr AK: Buku Richard Bandler dan Anthony Robbins

7 Sept. 2012. Selepas mesyuarat di UKM, saya menuju ke Putrajaya untuk melawat pelajar tahun tiga yang sedang melakukan Latihan Industri. Kedatangan saya disambut oleh Managing Director dengan ramah sekali. Dia pernah belajar di University of Pittsburgh, senior saya beberapa tahun. Banyak yang dibualkan mengenai kisah di Pittsburgh. Memang betullah, bila dengar cerita terutamanya mengenai sesuatu yang kita boleh "relate", minda bekerja dengan cepat dan kita berada dalam keadaan "trance", akhirnya masa berlalu terasa begitu cepat.



Di sebelah petang, saya ke Midvalley City pula untuk melawat seorang lagi pelajar di JKR, Cawangan Kejuruteraan Awam & Jambatan. Sementara menunggu waktu perjumpaan, saya singgah di MPH. Niat asal hendak beli novel "Negeri Lima Menara" karangan A. Fuadi versi Bahasa Melayu untuk buat ulasan mengenai penggunaan NLP dalam pembelajaran di PMD Gontor tapi sayangnya sudah habis. Saya perlu ke cawangan Alamanda kalau inginkan novel itu dengan segera. "Masih ada enam salinan lagi di MPH Alamanda" kata jurujual ketika menyemak inventori.

Ketika meninjau buku yang ada di atas rak, saya nampak buku "Guide to Trance-formation: Make Your Life Great" oleh Richard Bandler dan "Awaken Giant Within" oleh Anthony Robbins. Jadi saya beli kedua buku tersebut sebagai koleksi pribadi.   



Tuesday, September 4, 2012

Dr AK: "National Self Esteem Day"

"I am me. In all the world there is no one else exactly like me.There are persons who have parts like me, but no one who adds up exactly like me.  Therefore, everything that comes out of me is authentically mine, because I alone chose it." - Virginia Satir


Banyak orang yang berjaya, hebat, popular, kaya, dll. terutamanya di negara barat seperti artist, jutawan dan jelitawan akhirnya menamatkan hidup dengan bunuh diri dan banyak juga yang hidup dalam kemurungan. Mengapa? Dan berapa banyak pegawai kerajaan dan swasta sekarang yang mengalami stress di Malaysia? Mengapa?

Mungkin tidak berlebih-lebihan jika mengatakan pembunuh utama manusia ialah "low self esteem". Ia tidak memandang kepada berapa banyak wang yang kita ada, atau berapa tinggi pangkat yang kita pegang, semuanya boleh terkena penyakit ini.

Disebabkan pentingnya self esteem, di New Zealand "National Self Esteem Day", ialah hari cuti umum (28 Jun) untuk meningkatkan self esteem kepada penduduknya.

TINGKATKAN HARGA DIRI DENGAN
  • Berhenti membandingkan diri anda dengan orang lain
  • Berhenti merendahkan diri anda
  • Belajar dari bengkel NLP atau buku NLP
  • Buat senarai sifat-sifat positif anda
  • Gunakan ikrar untuk meningkatkan harga diri anda
  • Bergaul dengan orang yang positif dan supportif
  • Buat senarai kejayaan masa lalu anda.

Tips NLP: Anchor (1) rasa diri disayangi, (2) rasa sayang pada seseorang, (3) rasa paling gembira dan (4) rasa paling berkeyakinan, kemudian fire setiap hari sebelum keluar pergi kerja. Kalau rasa malas hendak pergi kerja, guna "swish pattern" (gambar tengah tidur dalam selimut vs. gambar sedang bergaya, segak dan cergas untuk pergi kerja).

Sunday, September 2, 2012

NLP: Kepuasan Dalam Bekerja

Suatu hari seorang peniaga terbang ke Dallas untuk bertemu dengan seorang klien. Dia menahan sebuah teksi. Setelah teksi berhenti, dengan segera pemandu teksi membuka pintu dan memastikan peniaga itu duduk dengan selesa di dalamnya.

Pemandu teksi menunjuk kepada sebuah surat khabar Wall Street Journal yang terlipat rapi di sebelah peniaga untuk dibaca. Kemudian dia menawarkan beberapa kaset dan menanyakan jenis musik apa yang peniaga itu sukai.

“Wow,” si peniaga cukup terperanjat dengan layanannya. Dia menoleh ke sekeliling, kalau ada program “Candid Camera” yang ingin mempermainkannya. Kerana ingin tahu, si peniaga memberanikan diri bertanya kepada pemandu teksi, “Kelihatannya anda sangat gembira dengan pekerjaan anda. Tentunya anda punya cerita yang panjang mengenai pekerjaan anda ini?”

"Tidak juga", kata pemandu teksi. “Dulu saya bekerja di Corporate America (sebuah perusahaan besar di Amerika) tetapi saya merasa letih kerana bagaimana pun kuatnya usaha saya untuk menjadi yang terbaik dalam perusahaan itu, ternyata tidak pernah memuaskan hati saya. Kemudian saya memutuskan untuk mencari kehidupan di mana saya boleh merasa bangga dan puas kerana menjadi diri saya yang terbaik.”

“Saya tahu,” lanjutnya, “Saya takkan boleh menjadi seorang ahli roket, tetapi saya suka memandu kereta dan memberi layanan kepada orang lain. Saya ingin merasa saya telah melakukan pekerjaan yang terbaik pada setiap hari. Lalu, saya melihat kelebihan diri saya dan akhirnya saya memilih untuk menjadi seorang pemandu teksi.”

“Satu hal yang saya pasti, untuk memuaskan hati saya, saya hanya perlu memenuhi keperluan penumpang. Tetapi untuk menjadikan bisnis saya ini luar biasa, saya mesti melakukan yang terbaik, lebih dari apa yang diharapkan oleh penumpang saya. Tentu saja setiap hari saya merasa bangga dan puas, meraih hasil yang luar biasa dengan melakukan kerja yang mudah saja.”

* Kepuasan dalam melakukan kerja amat penting. Kita yang memberi "makna" samada berpuas hati atau tidak dengan kerja yang kita lakukan. Bagaimana dengan anda, puas hati atau tidak dengan pekerjaan anda?

Sumber: Internet

NLP: Karot, Telur dan Kopi

Seorang anak mengeluh pada ayahnya tentang kesulitan yang dialami. Dia tidak tahu berbuat apa dan ingin menyerah saja. Ayahnya, seorang tukang masak tersenyum dan membawa anaknya ke dapur lalu mengambil tiga buah periuk kecil, mengisi masing-masing dengan air dan menjerang di atas dapur. Beberapa saat kemudian air mendidih.

Pada periuk pertama, dimasukkan karot, periuk kedua telur dan periuk ketiga serbuk kopi. Kemudian dibiarkan masing-masing mendidih. Dua puluh minit kemudian, si ayah mematikan api lalu menyedok karot dan meletakkannya pada sebuah piring, begitu juga kepada telur. Air kopi pula dimasukkan ke dalam cawan.

Si Ayah menoleh kepada anaknya dan bertanya, "Apa yang kau lihat, nak?"

"Karot, telur dan kopi" jawab si anak. "Apa maksud semua ini, ayah?" tanya si anak.

Si ayah menjelaskan bahawa setiap benda tadi telah mengalami hal yang sama, iaitu direbus dalam air mendidih tetapi selepas direbus mereka berubah menjadi sesuatu yang berlainan.

Karot yang keras bila direbus menjadi lembut. Telur pula sebaliknya, yang mudah pecah bila direbus menjadi keras. Serbuk kopi pula setelah direbus, mengubah air yang merebusnya dengan aroma yang sedap.

"Maka, yang manakah dirimu?" tanya si ayah pada anaknya. "Selepas mengalami kesulitan, perubahan apa yang terjadi pada dirimu? Apakah kau menjadi karot, telur atau kopi?"

* Setiap orang tidak sama dari segi persekitaran, kelakuan, keupayaan & kemahiran, kepercayaan & nilai, serta identiti diri. Jika orang lain yang nampak lebih berkeupayaan gagal menempuh suatu ujian, belum pasti kita juga akan gagal sepertinya. Kejayaan lebih bergantung kepada "Kepercayaan" dari "Keupayaan" diri.

Sumber: Internet

NLP: Perangkap Tikus

Sepasang suami isteri petani pulang ke rumah setelah berbelanja di pekan. Ketika membuka barang yang dibeli, seekor tikus melihat dengan penuh minat.

"Hmmm...makanan apa yang mereka beli dari pasar?"

Ternyata salah satu yang dibeli oleh petani dan isteri adalah perangkap tikus. Tikus itu takut bukan kepalang. Ia segera berlari menuju ke kandang dan berteriak "Ada Perangkap Tikus di rumah!!! Di rumah sekarang ada perangkap tikus!!"

Ia mendatangi ayam dan berteriak "Ada perangkap tikus." Ayam berkata "Tuan Tikus..., Aku turut bersedih, tapi itu tidak ada kena-mengena dengan diriku."

Tikus itu lalu pergi menemui Kambing sambil berteriak lagi. Kambing berkata "Aku turut bersimpati... tapi maaf, tidak ada apa yang boleh aku lakukan."

Tikus lalu menemui Lembu. Ia mendapat jawaban sama. "Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali."

Tikus lalu lari ke hutan dan bertemu Ular. Ular berkata "Ahhh... perangkap tikus yang kecil tidak akan memberi bencana kepada aku."

Akhirnya Tikus kembali ke rumah dengan pasrah mengetahui ia akan menghadapi bahaya dengan sendiri.

Suatu malam, isteri petani terbangun kerana bunyi perangkap tikus sudah menggena. Ketika melihat perangkap tikus, Ular telah terperangkap, membuatkannya semakin ganas dan menyerang isteri petani. Walaupun petani berjaya membunuh Ular tersebut, isterinya sudah dipatuk oleh ular yang berbisa itu.

Setelah beberapa hari di hospital, isteri petani dibenarkan pulang. Namun selang beberapa hari kemudian dia mengalami demam panas yang tidak kebah. Atas saranan keluarganya, petani menyediakan sup Ayam untuk isterinya untuk menghilangkan demamnya. Namun, semakin hari semakin teruk. Seorang tetangga menyarankan supaya makan hati Kambing. Petani pun menyembelih Kambingnya untuk mengambil hati.

Isterinya masih tidak sembuh dan akhirnya meninggal dunia.

Banyak sekali orang datang pada hari pengebumian sehingga petani menyembelih Lembunya untuk memberi makan orang ramai yang datang menziarah. Dari kejauhan Tikus melihat dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat perangkap tikus tersebut sudah tidak digunakan di rumah itu.

* Ketika kita mendengar seseorang sedang dalam masalah dan kita menganggap itu bukan urusan kita, maka fikirkanlah sekali lagi...

Sumber: Internet

Saturday, September 1, 2012

Dr AK: Simple Tips Untuk Berjaya



Perlukan strategi yang lebih baik?... buatlah modeling.
Semua kejayaan meninggalkan jejak dan mempunyai struktur.


Terlebih Rapport, terlupa Outcome


Berhati-hati semasa visioning...
"lihat apa yang anda lihat, dengar apa yang anda dengar dan rasa apa yang anda rasa"


Gunakan semua sensori yang ada untuk menempuh sebarang halangan



Fleksibel dalam mencapai Outcome


Nota: Gambar kutip dari internet.