Saturday, February 9, 2013

Dr AK: Cerita Fobia




9 Feb 2013. "Primadona" (Astro Prima) yang dikendalikan oleh Raja Azura, Sheila Majid, Rozita Che Wan dan Erra Fazira telah diuploadkan di YouTube. Untuk Episod ke-12, saya dijemput sebagai tetamu undangan bersama dengan Syuib dan Aaron Aziz untuk memperkatakan soal fobia.

Terdapat pelbagai jenis fobia. Hanya orang yang mengalami saja tahu akan penderitaannya. Ianya bukanlah satu gurauan jika benda yang menyebabkan fobia itu nampak sangat remeh seperti cicak dan ayam. Bagi kes fobia sup ayam, kaedah rawatan yang cepat ialah memberikan sup ayam kepada saya sebab saya tidak fobia sup ayam. :) Untuk menghilangkan pelbagai jenis fobia, teknik "Fast Phobia" dalam NLP (neuro-linguistic programming) dapat digunakan. Selain itu, rawatan secara hipnoterapi boleh dijadikan alternatif. Kedua-dua rawatan ini melibatkan minda di bawah sedar (subconscious).

Selain fobia, emosi negatif seperti marah, benci, sakit hati dan kecewa juga boleh dihilangkan dengan menggunakan teknik NLP. Rawatan secara intervensi atau coaching kepada kakitangan/pelajar universiti terutamanya yang menganggu pembelajaran & pengajaran (PnP) diamalkan oleh saya. Ramai yang membiarkan masalah mereka berlarutan sehingga menganggu kehidupan dan merudumkan pengajian. Adakah anda seorang dari mereka? Rawatlah dengan segera.

Terima kasih kepada ahli group FB "Kita Asai Kodiang" yang memberi komen positif terutamanya Cikgu Fadzillah Awang, kawan-kawan, sepupu dan anak-anak saudara yang rajin membuat posting dan komen.