Sunday, November 3, 2013
Dr AK: Bengkel "NLP New Code", Shah Alam
2 Nov. 2013. Bengkel "NLP New Code" diadakan di Akademi NLP Malaysia, Shah Alam. Ia dikendalikan oleh Tn. Hj. Md Taib Mat untuk berkongsi pengetahuan setelah menghadiri kursus tersebut di Sepanyol, bawah bimbingan Prof. Dr. John Grinder, salah seorang pengasas NLP. Peserta terdiri daripada pengamal NLP yang ingin mengemaskini pengetahuan mereka dengan teknologi minda terkini.
Apa hebatnya NLP New Code?
Mengikut pengasas NLP tersebut, kod NLP yang dihasilkannya bersama dengan Richard Bandler (awal 70an) mempunyai kesilapan yang ketara. Pada tahun 80an, NLP New Code dihasilkan oleh Prof. John Grinder bersama dengan Judith DeLozier dan Carmen Bostic St. Clair. Buku "Whispering in the Wind" ditulis untuk menerangkan hasil penemuan mereka termasuklah memperbaiki teknik NLP seperti "Six Step Reframing".
Salah satu sumbangan mereka yang hebat ialah menghasikan "High Performance State" (HPS). HPS dihasilkan dengan cara mengubah pernafasan, fisiologi dan state melalui aktiviti permainan (game) yang dapat memberi "alignment" kepada otak kanan dan kiri. Saya jangkakan NLPer pada masa hadapan akan mengganti "energizer" contohnya "chicken dance" dengan permainan HPS seperti "alphabet game" dalam training mereka.
Mengapa lebih hebat dari energizer? Sudah tentu lebih hebat kerana ia bukan sahaja untuk menghilangkan mengantuk tetapi untuk mendapat keadaan minda yang terbaik, biasanya dicapai melalui motivasi yang hebat. Melalui energizer, peserta mungkin berasa segar kembali tetapi belum tentu mahu memberi fokus kepada persembahan.
Perubahan ketara dalam teknik NLP yang saya perhatikan sebagai pengamal ialah penggunaan "Perceptual Positions" dan fokus kepada "context", bukannya "content" serta pergantungan besar kepada minda bawah sedar (subconscious) untuk mengubah state dari state biasa (keadaan sekarang) kepada HPS (keadaan yang diingini).
Kebanyakan teknik dimulakan dengan posisi ke-tiga, kemudian barulah masuk ke posisi pertama untuk melibatkan diri (associate) dengan keadaan sekarang. Kemudian keluar untuk masuk ke dalam keadaan "know nothing" sebelum melakukan HPS. Apabila selesai saja aktiviti HPS, peserta akan terus masuk ke posisi pertama bersama dengan HPS untuk mendapat keadaan yang diingini. Ianya melibatkan "context" sahaja. Short cut!
Salah satu yang menarik mengenai NLP new code ialah kebolehan berkomunikasi dengan minda bawah sedar secara fisikal. Kita contohnya boleh menyuruh minda bawah sedar memberi signal seperti mengerakkan jari atau bahagian lain pada badan. Wow! tetapi sudah tentu secara bawah sedar juga. Selain itu, akses ingatan seperti "cuba ingat satu kejadian apabila anda merasa sangat yakin" tidak digunakan lagi kerana dianggap sebagai kesilapan dalam mengekod NLP kerana ianya mencemari minda bawah sedar dengan aktiviti sedar iaitu "mengingat".
Saya teruja dengan "NLP New Code" seperti terujanya saya kepada "Generative Trance" yang dihasilkan oleh Dr. Robert Dilts dan Dr. Stephen Gilligan, pernah disampaikan oleh Tn Hj Md Taib Mat. Saya berdoa semoga beliau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Sukar hendak mencari guru yang sanggup ke hujung dunia menimba ilmu baru sedangkan ilmu yang sedia sudah melebihi dari cukup pada pandangan orang. Hanya orang yang "mencintai ilmu" yang sanggup berbuat demikian.