Orang Islam sejak zaman dulu lagi buat modeling ke atas Rasulallah saw.
Saya teringat bayan dari seorang rakan tabligh yang mengkatakan ada
seorang sahabat yang lalu di satu tempat kemudian menundukkan kepala.
Bila ditanya kenapa tunduk beliau jawab lebih kurang, "Dulu masa
Rasulallah saw, ada sebatang dahan yang melintang di sini. Rasulallah
saw biasa melalui tempat ini dan tunduk jadi saya pun tunduk walaupun dahan tersebut sudah tiada".
Hebat! Apa yang dilakukan oleh sahabat tersebut boleh dianggap
modeling. Yang pastinya beliau memodelkan "physiology" Rasulallah saw.
Tukar "physiology" bermakna menukar "state".
Bagaimana dengan "Internal Representation" atau wayang minda? Adakah sama dengan wayang minda Rasulallah saw?
Untuk menghasilkan modeling yang berjaya, menurut kaedah "Design Human
Engineering" seseorang perlu melihat kepada wayang minda iaitu mengubah
submodaliti supaya wayang minda adalah sepadan dengan wayang minda orang
yang ingin dimodelkan.
Kerja modeling oleh Richard Bandler dan
Prof. John Grinder dilakukan kepada terapist Virginia Satir, Fritz
Perls dan Milton Erickson semasa mereka masih hidup. Mungkin agak sukar
bagi kita yang tidak pernah bertemu dengan Rasulallah saw untuk
mengetahui wayang minda beliau berdasarkan koleksi hadis yang sedia ada.
Mungkin pendekatan alternatif boleh difikirkan untuk mencari struktur
kemahiran beliau.
Yang pastinya penyelidikan perlu dilakukan
oleh orang Islam yang mahir dengan teknologi minda disamping pakar hadis
supaya berjaya mencari struktur kejayaan beliau. Siapalah Virginia
Satir, Frits Perls dan Milton Erickson berbanding dengan Rasulallah saw
yang bukan sahaja berjaya di dunia malah di akhirat?
Saya berpendapat orang Islam terutamanya pendidik dan pengkaji Islam
perlu belajar NLP kerana boleh memudahkan urusan memodelkan Rasulallah
saw kerana ilmu permodelan agak "established" dalam NLP.
Dalam
bidang kejuruteraan, contohnya untuk merekabentuk bangunan, jurutera
mengunakan teknik permodelan yang diperkenalkan oleh orang barat seperti
kaedah "Finite Element". Kaedah ini
dihasilkan melalui R&D yang komprehensif. Ianya digunakan dalam
dunia Islam kerana kaedah permodelan tersebut lebih menyeluruh, tepat
dan konsisten berbanding dengan kaedah lain yang ada.
Atas
semangat yang sama, kaedah "permodelan NLP" juga boleh digunakan untuk
memodelkan Rasulallah saw supaya kajiannya bersistematik dan hasilnya
lebih tepat dan konsisten.