Ada seorang pelajar datang bersama rakannya di ofis kerana mempunyai
masalah dengan boy friend. Fikirannya selalu terganggu dan tidak dapat
belajar. Kadang-kadang dia bercakap seorang diri seolah-olah berbual
dengan seorang yang dia marah dan sakit hati.
Untuk menghilangkan perasaan marah dan sakit hati, saya gunakan sebahagian dari "Phobia Pattern" dalam NLP. Selepas melakukan induksi
(relakskan minda dan badan), saya suruh dia ingatkan kejadian yang
berlaku secara spesifik dan "disassociated" dari mula hingga hujung
(tamat) dalam bentuk video berwarna hitam dan putih supaya terhasil klip
video.
Kemudian saya minta dia "associate"kan diri dalam video
tersebut bermula dari hujung klip dan bayangkan video tersebut dalam
keadaan berwarna dan berlatar belakangkan bunyi yang mengembirakan
seperti bunyi sekitar "fun fair". Saya suruh dia "rewind" klip video
tersebut dalam mindanya dengan cepat, lebih pantas dari pergerakan
Charlie Chaplin dalam wayang supaya gambar dan bunyi bergerak dari
belakang ke depan dalam keadaan berterabur.
Semasa "rewind"
saya suruh dia bunyikan suara dan gerakkan jari (anchoring) mengikut
bunyi. Saya suruh dia "rewind" banyak kali, lebih dari 7 kali.
Selepas itu saya lakukan "future pacing" untuk memastikan dia
benar-benar hilang perasaan marah dan sakit hati bila teringat kejadian
tersebut pada masa hadapan. Ianya sama seperti "Phobia Pattern" iaitu
menghilangkan "perasaan takut" dari memori. Ingatan kepada kejadian itu
masih disimpan tetapi tiada emosi. Itulah salah satu teknik yang saya
gunakan dalam klinik "meta-states" untuk menghilangkan perasaan negatif.
Selepas itu saya berpesan, "Kita adalah 'tuan' kepada perasaan. Kita
boleh keluar dari perasaan (step out) dan modify gambar dalam minda
untuk mengubah emosi yang tidak diingini. Kalau ternampak orang yang
kita marah, kita boleh bayangkan "red bubble" di atas hidungnya seperti
badut. Kita akan tersenyum. Kalau kita terlihat orang yang kita sakit
hati, kita boleh lancarkan bom dan letupkan dirinya dalam minda. Kita
akan tersenyum. Yang penting ialah kita boleh belajar dan bekerja
seperti biasa tanpa gangguan emosi."
Kawannya mencelah, "Saya
lagi hebat Dr, saya baling batu ke rumah ex-boyfriend. Saya tidak
bayangkan lagi, saya terus baling batu."
Saya tersenyum dan memikirkan "ekologi" bagi tindakannya.
No comments:
Post a Comment