Thursday, June 27, 2013

Dr AK: NLP / NS Meta Master Practitioner (ISNS)

21 Jun 2013. Merupakan hari yang bertuah apabila diikhtiraf sebagai NLP / NS Meta Master Practitioner. Yang menariknya pensijilan disampaikan oleh yang terbaik dalam bidang kepakaran; Dr. Michael Hall (Pioneer of Neuro-Semantics), Colin Cox (No 1 World Meta-Coach/Trainer) dan Hj. Md Taib Mat (Pengasas Akademi NLP Malaysia). Terima kasih untuk semua terutamanya Hj Md Taib Mat yang telah menjadi sifu/mentor. Saya hargai segala ilmu yang dicurahkan.

Dr AK: Neuro-Semantic Conference Committee Members

The committee members. Front row from left:  Pn. Haniah, Ir. Hj. Kamal, Hj. Md Taib Mat, Dr. Micheal Hall, Collin Cox, Hj. Fuad Ariff, Pn. Suzana. Behind row from left: En. Hamka, En. Aris, Cik Fina, Hjh. Anita, Cik Nurul, Pn. Masida, En.Rosni, Ir. Dr. Anuar, Mr. Tarig.

Dr AK: Adakah Anda Seorang Ilmuan?


"Biasanya bila umur 40an, kita sudah mempunyai sesuatu yang boleh dibanggakan. Ada orang capai pangkat yang tinggi, ada orang simpan wang yang banyak, ada orang kumpul harta yang menimbun, ada orang pegang ijazah yang tinggi, ada orang kutip sijil yang banyak. Kebanyakannya sudah selesa dan perlu memikirkan mengenai pelapis atau kontribusi kepada masyarakat. Kalau masih lagi mengejar dunia untuk kepentingan diri sendiri dengan bekerja kuat tanpa fikirkan kesihatan, masa di sekitar 40an inilah yang ramai mati mengejut." kata Prof. Dr. Ahmad.

"Jika tiada masalah tunggulah dua puluh tahun lagi iaitu di umur 60an, kalau masih bekerja kuat tanpa memikirkan mengenai pelapis atau kontribusi kepada masyarakat serta menjaga kesihatan, masa inilah ramai yang mati sebab pelbagai penyakit. Kalau boleh bertahan, kitarannya dua puluh tahun lagi, tunggu di umur 80an pula. Masa itulah ramai yang mati jika tidak memikirkan mengenai pelapis atau kontribusi kepada masyarakat serta tidak menjaga kesihatan. Jarang orang mati di umur 50an dan 70an, kalau tidak percaya tuan buatlah kajian." katanya lagi.

Ada dua jenis ilmu; ilmu RASA dan ilmu FAKTA. Tuan ilmuan yang mana satu?

Dr AK: Sekadar Renungan

Matahari kemerahan,
Mata kepedihan,
Bila lagi rahmat Tuhan,
Aku sudah tidak tahan. - kata sang "kerbau"

PS: Tengok kerbau-kerbau ini sambil mengosok siku yang pernah berparut kerana kemalangan "head to head" dengan kerbau.



25 Jun 2013, 10:00am - 12:00pm. Menunggu seorang pelajar menghadapi makeup exam. Melihat dia tekun menulis terfikir mengenai strategi penulisan yang ada dalam mindanya. Peta minda saya mengatakan menulis mudah bagi setengah orang dan sukar bagi yang lain. Lebih sukar lagi jika mahu mempengaruhi.

Ada orang menulis mengikut rasa asalkan sampai tujuan tanpa memikirkan strategi. Cabaran penulis mengikut peta minda saya ialah menentukan samada mesej disampaikan; (i) secara sedar atau separa sedar (subconsious) atau yang mana satu lebih dominan, (ii) kepada kumpulan pembaca yang bagaimana; visual, auditori, kinestetik atau kombinasi, (iii) menggunakan metapogram apa; internal-external, moving away-moving toward, general-spesifik, option-prosedur, dll (iv) oleh siapa; posisi pertama (saya), kedua (kamu), ketiga (kita) atau keempat (mereka), (v) mengunakan frame apa; preframing dan reframing. (vi) memuaskan hati sendiri atau menjaga hati pembaca. (vii) mempunyai pintu keluar supaya telus hujah ahli logika seperti menggunakan perkataan kebanyakan, mungkin, biasanya. (viii) menggunakan bahasa hati, Ad (digital audio) jika mahu terkesan dan berimpaks tinggi spt. hasil karya arwah Yasmin dalam iklan-iklan. (ix) berbentuk kabur (Milton) atau spesifik (Meta Model) bergantung samada mahu berdiplomasi atau berhujah. (x) menggunakan metafora atau perkataan-perkataan hipnotik seperti "tertanya-tanya", "kerana", "anda", dll. untuk menghasilkan trance.  
 
Walau apapun, cerita berdasarkan pengalaman sendiri adalah menarik, mempengaruhi dan kurang bantahan (komen).
Nampak kurangnya penulis/pengarah seperti arwah Yasmin di pasaran yang mahir menyentuh perasaan. Tools boleh didapati dalam NLP.