Friday, October 26, 2012

Dr AK: Framing dan Reframing


"PENDIDIKAN DI UNIVERSITI TEMPATAN TIDAK BERTARAF DUNIA"

EB = Pendidikan di Universiti Tempatan
IS = Tidak Bertaraf Dunia

Deframing - Specifying the Magic
(1) Apa yang anda maksudkan dengan bertaraf dunia? Bila anda sebut universiti tempatan, adakah anda golongkan juga universiti luar negeri yang beroperasi dalam negara? Apakah rujukan pengalaman anda yang mengatakan tidak bertaraf dunia? Secara spesifiknya, bertaraf dunia yang bagaimana?

Deframing - Getting the Magical Strategy
(2) Bagaimana anda tahu universiti tempatan tidak bertaraf dunia?

Content Reframing - Reframe the EB content
(3) Amat menarik! ramai pelajar dari luar negara datang ke sini untuk mendapat pendidikan di universiti tempatan dan anda katakan ianya tidak bertaraf dunia?

Content Reframing - Reframe the IS content
(4) Nampaknya anda seperti kurang jelas dengan maksud bertaraf dunia, mungkin anda maksudkan universiti terbaik di dunia.

Counter Framing - Reflexively apply the EB (X)
(5) Saya pernah mendapat pendidikan di universiti tempatan dan universiti terkenal di luar negara yang anda anggap sebagai bertaraf dunia, saya dapati universiti tempatan setanding dengan universiti tersebut.

Counter Framing - Reflexively apply the IS (Y)
(6) anda tahu yang kakitangan akademik universiti tempatan kebanyakannya mendapat ijazah dari universiti bertaraf dunia, bagaimana pendidikan yang mereka beri tidak bertaraf dunia pula?

Counter Framing - Counter Example
(7) jadi anda hendak beritahu saya yang anda pernah melihat di sebuah bilik kuliah di universiti tempatan tidak ada lcd projektor, anda ingat semua bilik kuliah di universiti tempatan begitukah?

Pre-Framing - Positive Prior Intention
(8) tahukah anda bahawa kepercayaan yang anda bawa ini menyebabkan anda memandang rendah kepada graduan yang dihasilkan oleh universiti tempatan termasuk diri anda sendiri.

Pre-Framing - Positive Prior Cause
(9) Saya tertanya-tanya mungkin anda percaya begini kerana anda pernah mengenali graduan universiti tempatan yang berkualiti rendah, itu cuma generalization anda saja.

Post-Framing - First Outcome
(10) Jika anda masih percaya sebegini, bagaimana anda ingin menghormati pensyarah anda di universiti tempatan dan diri anda yang belajar di universiti tempatan?

Post-Framing - Outcomes of Outcome
(11) Jika anda percaya sebegini, anda boleh dianggap tidak menghormati graduan dan pensyarah dari universiti tempatan, bagaimana mereka akan menghormati anda?

Post-Framing - Ultimate Outcome
(12) Jika anda biarkan kepercayaan ini ada dalam diri anda sepanjang hayat, bayangkan bagaimana tidak hormatnya anda kepada graduan universiti tempatan dan bagaimana anda juga tidak dihormati oleh mereka. Bukankah merugikan anda?

Up-Framing - Out-Framing - Model of the World
(13) Bagaimana anda boleh berpendapat sebegini dan dari pandangan siapa yang anda ambil?

Up-Framing - Out-Framing - Value Outframing
(14) Anda percaya kepada slogan Malaysia boleh, bagaimana pula sekarang anda seolah-olah tidak percaya kepada kebolehan Malaysia untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia?

Up-Framing - Out-Framing - Allness Outframing
(15) Jika semua orang percaya seperti anda, berapa agaknya bilangan pelajar luar negara yang akan mendaftar di universiti tempatan?

Up-Framing - Out-Framing - Necessity Outframing
(16) Apakah yang anda perlukan untuk percaya universiti tempatan bertaraf dunia?

Up-Framing - Out-Framing - Identity Outframing
(17) Anda adalah orang terpelajar yang bekerja di syarikat internasional hasil pendidikan universiti tempatan, sudah tentulah pendidikan anda bertaraf dunia?

Up-Framing - Out-Framing - All Other Outframing Abstractions
(18) Bila anda berfikir mengenai pendidikan di universiti tempatan, bagaimana ia mempengaruhi anda untuk mengatakan ianya tidak bertaraf dunia?

Up-Framing - Out-Framing - Ecology Outframing
(19) Jika kita katakan universiti tempatan tidak bertaraf dunia, apakah kebaikan yang kita perolehi? Bolehkah ianya meningkatkan kepercayaan majikan untuk mengambil graduan universiti tempatan bekerja di syarikat mereka?

Analogous Framing - Metaphor or Story Outframing
(20) Bulan lepas saya ke luar negara bertemu dengan dua orang profesor dari University of Pittsburgh dan seorang dari MIT, mereka kagum dengan pencapaian universiti tempatan kerana berjaya menghasilkan penyelidikan yang bermutu dalam jurnal Q1 serta menduduki ranking 200 universiti terbaik dunia, mereka mengikhtiraf universiti tempatan bertaraf dunia, siapalah kita untuk mengatakan sebaliknya.

Inilah contoh penggunaan 20 teknik framing dan reframing yang dihasikan oleh Dr Michael Hall selepas remodeling kerja Dr Robert Dilts. Selepas itu ada 6 lagi teknik yang dihasilkan oleh Dr Michael Hall dari perspektif Neuro-Semantik. Jadi kesemuanya 26 teknik. Dalam kajian saya, 26 teknik ini cukup ampuh untuk digunakan oleh NLPers dalam kebanyakan aplikasi seperti debat, mesyuarat, jual produk, kaunseling dan sekurang-kurangnya borak di kedai kopi tetapi tidak cukup berkesan untuk kes kritikal seperti berdepan dengan opponent yang kurang ajar dan degil.

Sempena hari raya korban ini saya berbesar hati untuk berkongsi 4 lagi teknik framing, style Dr AK yang dihasilkan di makmal Meta-State Engineering. Ianya melepasi primary state dan meta states iaitu pada tahap external behaviour, dikenali dengan (27) External Behaviour Framing - Visual, (28) External Behaviour Framing - Auditory, (29) External Behaviour Framing - Kinesthetic dan (30) External Behaviour Framing - Gustatory. Ianya sesuai untuk situasi kritikal, bila teknik 1 - 26 tidak berfungsi dengan baik dan dilakukan di luar sesi terapi.

External Behaviour Framing - Visual
(27) bulat dan besarkan mata anda serta cekak pinggang, kemudian pandang tepat ke matanya seolah-olah anda mahu menelan seluruh badannya, dalam hati (Ad) "ingat universiti luar negara bagus sangat ke?"

External Behaviour Framing - Auditory
(28) tutup kedua telinga anda dengan jari telunjuk kiri dan kanan kemudian sebut "AAAAAA AAAA AAAA", dalam hati (Ad) "tension aku dengan budak ni, tak paham-paham". Kalau ada masalah boleh ikut demo ini: http://www.youtube.com/watch?v=MeE2E7nqe0w

External Behaviour Framing - Kinesthetic
(29) angkat kaki (balik rumah lagi bagus)

External Behaviour Framing - Gustatory
(30) kumpulkan air liur dalam mulut anda dan tuuiiih...

"Jangan amik serious sangat naa... "If you're serious you're stupid - Dr Richard Bandler (andaian NLP)" selamat hari raya korban, maaf zahir dan batin" - Dr AK.

No comments:

Post a Comment