Thursday, October 11, 2012
NLP: Mari Bersyukur
Kes Satu:
Ada dua orang pesakit di hospital bahagia. Pesakit pertama sedang duduk termenung sambil menyebut-nyebut, "Samad! Samad!" Seorang pelawat yang hairan bertanyakan masalah yang dihadapi. Doktor menjawab, "Orang ini jadi gila setelah cintanya ditolak oleh Samad." Si pelawat mengangguk-anggukkan kepala tanda faham. Apabila melalui bilik lain, dia terkejut melihat penghuninya memukul-mukulkan kepalanya di tembok dan berteriak, "Samad! Samad!" "Orang ini juga ada masalah dengan Samad?" tanya pelawat itu kehairanan. Doktor menjawab, "Ya, dialah yang akhirnya menikah dengan Samad."
Kes Dua:
Seorang ibu sedang terapung-terapung di laut kerana kapal yang dinaikinya karam namun tetap gembira. Bila ditanya kenapa gembira, dia menjawab, "Saya mempunyai dua orang anak lelaki. Yang pertama sudah meninggal dunia, yang kedua menunggu saya di pelabuhan. Kalau selamat, saya sangat gembira kerana dapat berjumpa dengan anak kedua saya. Tetapi kalau mati tenggelam, saya juga gembira kerana dapat berjumpa dengan anak pertama saya."
"Bersyukurlah setiap masa dengan apa yang kita ada. Hidup lebih bahagia kalau kita menikmati apa yang kita miliki. Malangnya ramai yang melihat rumput lebih hijau di halaman tetangga." - Dr AK
Sumber: Internet
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment