Wednesday, November 21, 2012

Dr AK: Bila Merapi dan Bromo Akan Meletus Lagi?


12-19 Nov. 2012. Berkesempatan untuk melawat Merapi di Yogyakarta serta Bromo dan tanah lumpur di Surabaya, Indonesia. Pastinya kedua gunung berapi yang masih aktif itu akan meletus lagi, tapi persoalannya ialah bila? 

Selepas meletus tanggal 5 Nov. 2010, Merapi mengorbankan 38 penduduk termasuk seorang bayi. Kesan letusan masih boleh dilihat, didengar dan dirasai. Namun ianya pasti akan lupus dan mula dilupai menerusi masa sehingga letusan yang berikutnya terjadi, itulah lumrah alam. Bencana dapat dikurangkan jika semua yang terlibat mengambil langkah pencegahan dan menurut arahan pihak yang berwajib dan berpengetahuan.

Dulunya sungai yang lebar, kini sudah tertimbus
Kesan letusan Merapi

Mereka yang terkorban
Begitu juga dengan Bromo, ianya masih aktif dan bisa meletus pada bila-bila masa sahaja samada dalam skala kecil atau besar. Namun di sebalik bencana yang bakal dihadapi, terdapat keindahan yang menyejukkan mata dan menenangkan hati.

Matahari terbit di Bromo
Di kaki Bromo





Lumpur yang terbit dari perut bumi juga mengancam kehidupan sehinggakan 16 kampung diliputi oleh lumpur setinggi 18 meter. Bayangkan rumah-rumah yang tertimbus di bawah tasik lumpur seluas 20 hektar tersebut. Sehingga kini (2012) ianya masih aktif dan mengancam penduduk dan lebuh raya yang berhampiran.

Itulah tanda kekuasaan Allah, kita hanyalah makhluk yang kerdil, sentiasa bergantung kepada rahmatNya. Pada bila-bila masa bisa diambil pemberianNya samada dalam bentuk ilmu, kesihatan dan kebendaan malah nyawa yang menghidupkan jasad. Bersyukurlah, kita masih boleh bernafas, melihat, mendengar dan merasai (BVAK). 

Tasik lumpur

No comments:

Post a Comment