4 Nov. 2012. Selepas delegate dari Korea datang ke Malaysia untuk konferen ITC2012 dan berangkat pulang, entah bagaimana teringat "Winter Sonata" pula, mungkin pernah bergambar di pulau Nami, tempat pengambaran drama tersebut. Sempat melihat beberapa episod untuk mencari jawapan mengapa drama tersebut "berhantu" sehingga ada peminat yang sanggup ke sana hanya untuk menangis seperti melawat makam tuan Syeikh Yusuf di Cape Town.
http://www.dramacrazy.net/korean-drama/winter-sonata-episode-1/
Apa yang saya temui ialah penggunaan metafora yang menyentuh jiwa seperti Polaris, bahasa hipnotik, anchoring seperti lagu, musik dan flashback yang diulang-ulang dan VAK yang berkesan. Walau bagaimanapun drama Korea sesuai ditonton kerana mereka bersopan-santun, tahu mengambil hati dan mengambil berat terutamanya kepada sahabat yang dilanda musibah. Melihat, mendengar dan cuba merasai kesakitan sahabat dapat mencairkan jiwa Yu Jin, Joon Sang, Shang Yhuk dan sesiapa saja yang berjiwa penyayang. Kepada sahabat yang sedang sakit diharap sentiasa bersabar, makan ubat, rehatkan wayang minda, state dan fisiologi. Semoga cepat sembuh dan dimudahkan segala urusan.
Ada satu bahagian yang menarik iaitu kaedah "delete" memori, adakah itu paten fobia? Namun masih menjadi tanda tanya saya ialah mengapa Joon Sang yang buta memakai kaca mata di episod akhir?
No comments:
Post a Comment