Sabtu, 3 November 2012

Dr AK: NLP Sedap Dimakan

3 Nov. 2012. Sabtu. 9-11 am. Berkesempatan untuk memberi ceramah mengenai "Meta-State Engineering" kepada mahasiswa FKAB, UKM dalam Program "Pemantapan Kendiri & Hari Interaksi 2012". Konsep "kendiri" boleh ditakrifkan sebagai penilaian seseorang ke atas dirinya sendiri atau bagaimana ia menganggap tentang dirinya sendiri sama ada secara positif atau negatif.

Tahniah kepada pengerusi dan AJK program kerana berjaya menjalankan program dengan jayanya. Program yang disertai oleh sekitar 80 peserta ini jarangkali diadakan di fakulti dan perlu dilakukan di masa hadapan dengan lebih kerap lagi supaya hubungan antara pelajar junior dan senior lebih mesra disamping menimba ilmu.

Disebelah malam pula menuai ikan keli yang dibela sebagai hobi di dalam kolah buat kali yang terakhir. Ramai pengemar NLP (Nasi Lele Penyet) di Bangi dan sekitar Kajang sekarang. Banyak restoran yang menyediakan menu ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan