Wednesday, November 7, 2012

Dr AK: Generative Trance


7 Nov. 2012. Rabu. Kursus Generative Trance diadakan di Shah Alam. Teruja dengan kaedah yang dipelopori oleh Dr. Stephen Gilligan dan Dr. Robert Dilts, keduanya anak angkat Milton Erickson untuk mencari penyelesaian dalam masalah (solution's within the problem itself). Untuk menyelesaikan masalah, kita perlu berada di aras yang lebih tinggi dari tahap conscious yang di panggil "creative level" dan untuk berada di tahap itu, kita perlulah memusatkan diri (centering) dan menghilangkan "neuro-muscular lock" yang terdapat pada diri.

Sebahagian dari cara untuk mengatasi masalah atau mencapai matlamat ialah dengan menghasilkan "energy ball" yang mana tiada dalam kaedah NLP (Dr Richard Bandler) yang menekankan submodaliti dan predikat atau kaedah NS (Dr Michael Hall) yang memberi tumpuan kepada meta-stating. Ia juga berbeza dengan kaedah terapi tradisional (hinopsis) dan kaedah Milton Erickson kerana menggunakan kedua-dua minda; sedar (conscious) dan di bawah sedar (subconscious). 
 .
"Saya berpendapat (peta saya) Generative Trance melalui "centering" adalah cara mudah dan cepat untuk orang biasa menyelesaikan masalah atau mencapai matlamat mengikut style atau standard para aulia dan wali tanpa perlu bersuluk. Ini kerana penyelesaian dibuat pada aras lebih tinggi dari sifat ego iaitu sakit hati, marah, takut, benci, tamak, dll yang mana cuba dihilangkan oleh pengamal tarekat. Saya gembira dan amat menghargai ilmu yang disampaikan oleh Tn Hj. Md Taib Mat. Terima kasih." - Dr AK