Khamis, 10 Januari 2013

Dr AK: Viva Sarjana


10 Januari 2013. Tahniah kepada pelajar sarjana kejuruteraan, alMushfi dari Indonesia yang lulus pengajiannya dalam bidang kejuruteraan geoteknik di bawah seliaan Prof. Madya Dr. Mukhlisin. Tahniah juga kepada penyelia. Setelah hampir dua jam viva akhirnya tamatlah saat genting sebagai seorang penyelidik untuk meraih segulung ijazah sarjana. Saya sebagai pemeriksa dalam dan Prof Dr Husaini sebagai pemeriksa luar. Tajuk tesis "Analisis Kadar Air Dalam Tanah Menggunakan ECVT".