25 Jan 2013. Menuju ke Bandung dari Yogyakarta dengan kereta api menyelusuri panorama indah di sepanjang jalan. Sebagai pencinta keindahan alam sempat saya lakukan beberapa snapshoot sebagai kenangan peribadi.
Pulau Jawa yang bergunung-ganang dan menerima cahaya matahari yang cukup menjadikan pemandangannya enak dilihat apalagi penduduknya rajin menjaga kebersihan dan mementingkan kekemasan. Air sungainya masih bersih, sawah padinya dijaga rapi walaupun saiznya kecil. Tidak hairanlah gambar menarik dapat dihasilkan oleh jurufoto dari Indonesia yang seringkali terpapar dalam facebook saya oleh rakan-rakan jurufoto dari Indonesia. Sudah lama saya tidak membawa DSLR sejak aman dengan Nikon Coolpix P7100 yang lebih mudah dibawa, senang disorok serta bersahaja mengambil foto candid kerana skrinnya boleh ditarik keluar dan dibengkokkan disamping berkemampuan untuk merakam video HD.
No comments:
Post a Comment