Pada hari pertama ambil Hessa semuanya okay. Hessa gembira kerana baru masuk tadika. Hari kedua, Hessa ajak main buai, tapi baru saja lepas hujan. Hari ketiga, bila sampai dia sedang menanggis. Bila ditanya tidak mahu jawab sehinggalah sampai di rumah. Bila mood dia okay, katanya "Badan Hessa hendak demam". Cikgu tadika kata "Hessa ingatkan abah".
Tanpa disedari saya bermeta-stating, teringat rutin harian di mana saya selalu balik awal dan bawa Hessa ke taman permainan dengan skuter, kemudian melawat sekeliling taman dan melalui jalan di sepanjang tebing sungai yang menjadi laluan puluhan ekor kerbau. Ketika membonceng skuter, Hessa tanpa disuruh berbual dalam bahasa Inggeris kerana saya sudah pasakkan (anchoring) bercakap Inggeris ketika di atas skuter.
"Abah! look there... cows", kata Hessa. Saya jawab "Those're buffalo, not cows." Kemudian dia tanya lagi "Abah! Why buffalo berak on the road." Saya jawab "They don't have toilet, they also don't have hands to wash." Kami ketawa sambil mengelak tahi kerbau yang bertompok-tompok di atas jalan. Kadang-kadang, kami berhenti untuk melihat puluhan ekor kerbau turun tebing dan berenang untuk menyeberang kembali ke kandang. Anak-anak kerbau yang sedang berenang menjadi perhatian Hessa. Kami juga berbual mengenai bangau, ikan dalam sungai dan burung-burung yang hinggap di atas pokok sepanjang jalan.
Pada hari Sabtu pula, rutin yang jarang dilakukan kerana sibuk dengan tugasan/bengkel ialah menemani Selendang Sari mengendalikan Persatuan Seni dan Budaya. Tugas sukarela saya ialah mengambil gambar sambil menjaga Hessa dan memerhati/menikmati aktiviti yang sedang dijalankan.
Hari ini saya tinggalkan tugasan saya sebentar, bawa Hessa berhibur sambil menikmati latihan seni dan budaya; Mini Orkestra, Tarian Melayu dan Permainan Gamelan. Kadang-kadang apabila kita mencapai Outcome yang diingini, bila toleh kebelakang, kita dapati ada jiwa yang merana, ada air mata yang mengalir. Kita Menang Tetapi Kita Juga Kalah! Selain dari Outcome, kita juga perlu melihat kepada "Outcome of Outcome" dalam perancangan supaya hidup lebih ekologikal.
No comments:
Post a Comment