Lawatan ke Indonesia untuk kerjasama penyelidikan dilakukan di samping memperkenalkan "NLP for Researchers" terutamanya penggunaan NLP dalam pembangunan Sistem Pintar dan kejuruteraan kepada pensyarah dan pelajar sarjana di sana. Terima kasih kepada penyelidik di Indonesia yang sudi menerima lawatan, menguruskan seminar dan membentangkan penyelidikan masing-masing. Brosur Persidangan Neuro-Semantik yang akan diadakan pada Jun 2013 di Kuala Lumpur juga sempat diagihkan semasa pembentangan.