Selasa, 29 Januari 2013

Dr AK: Trans Studio dan Es Teler

Trans Studio di Bandung sesuai dilawati pada musim cuti untuk menghilangkan stress. Semasa belajar di universiti, hampir setiap semester selepas peperiksaan akhir saya ke Kennywood untuk menghilangkan stress dengan cara menaiki "Steel Phantom", roller coaster yang terpantas dan mempunyai jatuhan menegak tertinggi di dunia. Roller coaster di Trans Studio menggujakan walaupun masanya singkat dan kurang elemen suspen. Antara yang menarik di situ ialah simulator 4D, theater dan science center. Lawatan ke Trans Studio diakhiri dengan Es Teler, minuman kegemaran saya dan anak-anak di Indonesia.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan