Tuesday, December 11, 2012

Dr AK: ”I am neither a Malay or Malaysian, but a citizen of the world”


”I am neither a Malay or Malaysian, but a citizen of the world.” 

Kenyataan di atas merupakan manifestasi praktikal dan spiritual "self-transcendence" gaya Socrates.

Biasanya sebagai manusia, kita memperkenalkan diri sendiri dan kemudiannya negara kita. Dalam keadaan "self-transcendence" kita merasakan kita tidak hanya tergolong kepada satu negara atau budaya, kita rasa kita tergolong kep
ada seluruh dunia (a sense of oneness with others).

Bila kita "transcend" iaitu melangkah melebihi had keupayaan, kita tidak bersaing dengan orang lain atau negara lain tetapi dengan diri sendiri. Dalam diri setiap individu ada keinginan untuk pergi lebih jauh dari keupayaan sedia ada samada secara spiritual; melepasi keadaan ego (marah, benci, riak, tamak, dll) atau secara praktikal; melepasi keupayaan fisikal.

Bila menyentuh hal "self-transcendence", kita bercerita satu tahap yang melebihi "self-actualization" (Maslow). Ciri orang yang berada di tahap itu ialah orangnya bersikap spiritual, tidak berpura-pura, merendah diri, gembira, tenang dan rasa berkecukupan serta suka menolong orang lain.

Mungkin ramai yang merasakan diri sudah spiritual, mencapai tahap "self-transcendence", tapi perlulah disemak samada sudah mencapai "self-actualization" dan keperluan asas lain (Hierarki Keperluan Maslow) dulu.

P/S: "Ehh... ini dah masuk spiritual." :)