Semasa memandu kereta ke Johor untuk menghadiri PLF (Profesional Learning Fasilitator) saya teringat konsep LUR (Learning, Unlearning dan Relearning) yang sekian lama bermain di minda, menanti masa untuk diutarakan. LUR adalah adaptasi dari teori ubahbentuk plastik bagi kelakuan bahan seperti tanah apabila dikenakan Loading, Unloading dan Reloading. Apabila dikenakan Loading, tegasan semakin bertambah mengikut satu lengkung tertentu, namun bila dilakukan Unloading, tegasan kembali ke sifar dan bila Reloading berlaku, tegasan akan bertambah tetapi tidak mengikut lengkungan asal. Lengkung baru yang lebih mantap, lebih menegak terbina.
Bila teori ini diaplikasikan dalam konteks P&P, pengetahuan akan bertambah bila berlakunya Learning. Unlearning perlu dilakukan sebelum memulakan Relearning supaya pengetahuan yang diperolehi hasil Relearning lebih mantap dan kental. Dengan kata lain, kita perlu mengosongkan cawan sebelum mengisi semula. Cawan yang penuh sukar untuk diisi.
Perlukah melakukan Relearning? Pada pendapat saya jika tiada LUR, kita boleh jadi BLUR (kabur) iaitu mungkin ada pengetahuan yang disalahfaham oleh fasilitator/peserta semasa proses Learning. Perkara silap faham adalah perkara biasa kerana DDG (Delete, Distort dan Generalize) berlaku di dalam minda apabila maklumat dicerap oleh lima deria (VAKOG). Relearning samada secara belajar sendiri, menduduki semula kursus atau belajar dari fasilitator yang lain adalah penting bagi mereka yang mementingkan keshahihan ilmu untuk beramal serta mengulangkaji, menyemak dan mengukuh pengetahuan sebelumnya di akhir Relearning.
Fasilitator/mentor yang hebat biasanya seorang yang bukan sahaja "educated" tetapi juga "learning continously" iaitu sentiasa menambah pengetahuan dari masa ke semasa. Indikator untuk menilai seseorang mentor/fasilitator itu "learning continously" ialah jumlah kursus yang dihadirinya dalam topik yang sama sepanjang kerjayanya. Kalau dibuat kajian, peta minda saya mengatakan kita akan dapati ramai yang "educated", tetapi kurang yang "learning continously".
Ilmu itu pemberian Allah dan boleh datang melalui sesorang ilmuan terulung di puncak gading atau kanak-kanak bermain di dalam lumpur. Kita yang menentukan samada melakukan LUR atau menjadi BLUR.

Gambar PLF di Pasir Gudang pada 29hb Disember 2012:
No comments:
Post a Comment