Selasa, 11 Disember 2012

Dr AK: Self-Actualization (Maslow)


Hierarki Keperluan Maslow adalah satu teori dalam psikologi yang dicadangkan oleh Abraham Maslow dalam kertas kerjanya "Teori Motivasi Manusia" (1943).

Maslow belajar dengan mengkaji orang yang berjaya seperti Albert Einstein, Jane Addams, Eleanor Roosevelt dan Frederick Douglass. Menurutnya kajian dari spesimen yang tidak sihat (pesakit mental dan sebagainya) hanya boleh menghasilkan psikologi dan falsafah yang lumpuh.

Peringkat tertinggi dalam Hierarki Keperluan Maslow adalah "Self Actualization". Takrifannya ialah "merealisasikan sepenuhnya potensi diri".

Orang yang mencapai tahap itu sebahagian cirinya seperti berikut;

(1) mampu untuk menilai situasi dengan betul dan jujur
(2) selesa dengan kebaikan dan kelemahan diri, orang lain dan alam
(3) mempunyai misi untuk dipenuhi dalam kehidupan
(4) bebas daripada pergantungan kepada pihak luar atau orang lain
(5) mempunyai penglihatan "tidak bersalah" seperti kanak-kanak
(6) mempunyai ikatan hubungan kasih sayang yang mendalam
(7) selesa tinggal bersendirian
(8) mampu ketawa pada diri sendiri dan berjenaka
(9) harmoni dan tenang

Secara ringkasnya, dia berasa selamat, tidak cemas, diterima orang, disayangi, penyayang dan hidup (alive).

tidak kira samada dia seorang yang kaya atau miskin, terkenal atau tidak, berpendidikan atau tidak. Itu semua tidak penting untuk mencapai tahap "Self Actualization".

Di tahap manakah kita?
Kadang-kadang saya rasa petani di pedalaman lebih "self-actualized" dari pegawai besar di bandar. Mungkin peta minda saya saja.