Sempat tidur tiga jam kemudian bangun untuk menyediakan persembahan bagi proposal penyelidikan kepada sebuah syarikat besar di Kuala Lumpur. Pagi-pagi bergegas ke ofis untuk menghantar satu tugasan yang siap disediakan pada pukul dua pagi. 8 am sudah berada di atas komuter dari UKM ke KL Sentral.
Tidak ramai penumpang, sempat melihat proposal yang sudah lama disediakan, banyak detil yang sudah lupa terutamanya bahagian sebut harga. Letak dokumen dan mula menghayati kesegaran pagi di atas komuter sambil berfikir, apakah strategi yang hendak digunakan nanti bila berhadapan dengan "orang besar" syarikat tersebut.
Pengalaman menaiki komuter pergi dan balik amat selesa kerana tidak ramai penumpang, keadaannya juga bersih dan teratur. Sepanjang perjalanan teringat Guangzhou, mungkin komuter ini produk dari China. Layout dalaman adalah serupa.
P/S: Bila orang tanya, satu minggu berapa jam kuliah, saya jawab 6
jam saja. Sebenarnya banyak perkara lain yang perlu (atau sengaja)
dibuat untuk menambahkan asam garam kehidupan dalam P&P sehinggakan
kadang-kadang tidak cukup tangan untuk menanggani esp. di bulan
Disember, kebanyakan mahu cepat untuk tutup akaun/cerita dan tentunya
ada yang tidak ekologikal (ada konflik) dari segi masa dan perlukan perancangan yang lebih baik.
Sejak berNLP,
saya kurang bergantung kepada power point, lebih fokus kepada audience
(kemahuan mereka), menggunakan minda subconscious
(pengalaman) serta berbalik kepada perkara asas; dari smart phone ke
phone yang boleh call/sms saja. Atau mungkin saya sudah berumur (old),
cuba elakkan gadget kecil, nak saiz yang besar-besar terutamanya screen
supaya mudah nampak (mata dah rabun) dan tak mahu yang komplikated. Atau
mungkin saya sudah menukar banyak "makna" dan kurang melakukan
meta-stating (berhenti di primary level) terutama tentang apa yang
penting dan apa yang tidak penting dalam kehidupan. I hope I am not
alone.
No comments:
Post a Comment