Saturday, May 25, 2013

Dr AK: Kidding and Wedding

 

24 Mei 2013. "There's no kidding when it comes to a wedding", kata hati saya sambil bersiap untuk ke Majlis Akad Nikah walaupun letih balik dari Kajang, cari baju Melayu warna biru untuk kelihatan sedondon esok hari. Seperti saat gembira dalam drama Korea, ada flashback, terkenang zaman silam dengan anak-anak saudara. Sekarang mereka sudah besar dan tidak lama lagi seorang pula akan berumah tangga.

Dulu kalau cuti semester di Pittsburgh, roomates sudah tahu saya akan balik "kampung" di Ohio berjumpa dengan anak saudara dan keluarga. Ohio waktu itu jika dibandingkan dengan Pittsburgh seperti Tanjung Malim dengan Bangi, adalah sedikit perbezaan. he3x (jangan marah orang TM). Dulu kalau balik Ohio, sepanjang jalan boleh nampak ladang ternak; lembu, ayam, itik dan juga perkampungan masyarakat Amish.

Yang menarik sekali ialah melawat ladang kecil tomato milik "Pak Ya". Sekarang kalau ke Tanjung Malim pula boleh tengok ubi kayu. Dulu mungkin stress sebab sistem Quarter di Ohio State University serta Ujian Komprehensif, jadi cari jalan keluar dengan menanam tomato. Mungkin sekarang tanam ubi kayu kerana stress dengan pelajar universiti yang berdemo. Walau bagaimanapun, hari ini mungkin dia rasa "lega" kerana satu tanggung jawab sebagai seorang bapa sudah diserahkan kepada pengantin lelaki yang segak bergaya. "No kidding! Welcome to our family." Tahniah kepada keluarga "Pak Ya" serta semua yang terlibat dan bersusah payah menjayakan majlis ini.