Tengok
handphone, ada satu miss call awal pagi tadi. Saya call balik, rupanya
seorang bapa dari Terengganu yang ingin mendapat pandangan mengenai halatuju anaknya yang sedang belajar bahasa Cina di negeri China. Dua
anaknya berada di sana dan seorang akan tamat pengajian pada bulan Ogos
nanti. Masalahnya tiada sijil untuk masuk universiti samada di Malaysia
atau di China selepas tamat pengajian bahasa, jadi mungkin perlu
kembali ke Malaysia untuk mengambil SPM. Dia berminat untuk mengetahui
dengan lebih mendalam mengenai sistem pengajian pondok modern Gontor di
Indonesia.
Yang menariknya, semua anaknya dihantar ke sekolah aliran Cina sehingga tamat sekolah rendah di Malaysia. Dia memberi ransangan kepada saya untuk menghantar anak ke sekolah aliran Cina, katanya baik kerana mereka adalah minoriti di situ dan akan belajar lebih rajin selain mengetahui bahasa Cina yang penting untuk perniagaan antarabangsa. Mereka juga belajar agama lebih baik dari sekolah kebangsaan biasa kerana ustaz/ustazah memberi perhatian yang lebih.
Saya setuju dengan pandangan beliau mengenai sikap minoriti (minoriti dari segi bilangan). Teringat semasa belajar di Pittsburgh dulu selama tiga tahun. Pelajar Melayu di sana cuma minoriti, lebih kurang 30 orang termasuk pelajar sarjana yang sudah berkeluarga. Kehebatan hidup sebagai minoriti ialah bekerja keras, saling tolong-menolong, bersatu-padu serta bertoleransi antara ahli.
Teringat aktiviti BBQ, saya dan roomates adakan pada satu hujung minggu di balkoni rumah sewa di Atwood Street. Disebabkan ruang yang kecil, kami hanya jemput jiran Melayu yang hampir dengan rumah. Bila diketahui oleh yang lain, mereka bertanya, rasa bersalah, jadi jemput mereka untuk hujung minggu berikutnya. Perkara ini berulang sehingga beberapa minggu. Kami sanggup melakukannya kerana mereka penting bagi survival kami di sana selain merasa seperti satu keluarga yang besar.
Dari situ kita boleh faham mengapa masyarakat Cina yang minoriti di Malaysia boleh bersatu kerana ia adalah soal survival manakala masyarakat Melayu pula masih di zon selesa, entah sampai bila?
Mengenai pengajian agama juga saya setuju. Tempat di mana muslim adalah minoriti, pengajian agama amat dipentingkan dan disampaikan dengan ikhlas, penuh semangat. Saya masih ingat lagi, guru yang mengajar al-Quran di Pittsburgh adalah seorang doktor pakar berasal dari Yaman, dia mengajar al-Quran bermula dengan surah-surah pendek kepada anak muslim, revert dan mereka yang ingin tahu mengenai Islam.
Penekanan adalah kepada "MAKNA", bukannya "BACAAN" seperti yang biasa dilakukan di Malaysia. Kadang-kadang terasa janggal mendengar black American melaungkan azan kerana sebutan yang tidak betul tetapi keikhlasan dan kefahaman yang dinilai. Mungkin sebab itu Bilal, berasal dari Afrika dilantik sebagai muazzin walaupun sebutannya tidak sebaik orang Arab Madinah di zaman Rasulallah saw.
Kalau orang tanya saya, di mana tempat yang sesuai untuk belajar agama, saya akan cadangkan tempat di mana muslim adalah minoriti atau Islam dipinggirkan. Di situ akan didapati guru-guru yang ikhlas, mewakafkan diri untuk mengajar agama bukan sebagai sumber pendapatan atau karier sesuai dengan ayat 21, surah Yassin. “Ikutlah orang yang tidak meminta upah, mereka adalah orang yang mendapat petunjuk."