Entah
mengapa teringat bekas pensyarah kursus Projek Rekabentuk Kejuruteraan
di tahun 1993 apabila melihat setimbun report pelajar tahun akhir yang
akan diberi markah. Mungkin umur aku sudah lanjut seperti dia dan
mengendalikan kursus yang sama seperti dia; dulu dia menyelia pelajar
sekarang aku pula, dulu dia membakar semangat pelajar untuk berusaha
keras sekarang aku pula, dulu dia memberi markah report pelajar
sekarang aku pula.
Malangnya dia tidak sempat menilai pembentangan akhir kami kerana rebah di depan bilik kuliah sebelum persembahan. Dalam suasana sedih atas kematiannya, ada khabar gembira. Kami semua diputuskan mendapat gred A untuk kursus itu kerana tiada yang layak menilai projek kami kecuali dia.
Dulu dia rebah di depan bilik kuliah, Ya Allah! sekarang minta-minta janganlah aku pula. Sayangilah jantung kita! Rasa seperti mahu beri gred A kepada semua pelajar.