Friday, May 10, 2013

Dr AK: NLP, Naga & Anda


10 Mei 2013. Majlis pelancaran buku "NLP, Naga & Anda", tulisan Tn. Hj. Md. Taib Mat dan Pn. Masida Rasyed diadakan di Shah Alam hari ini. Saya dijemput untuk bersama-sama dalam majlis yang meriah ini, dikelilingi oleh rakan-rakan NLP dan tetamu-tetamu kehormat seperti Dr. Aris Kasan, Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi JPA dan Datuk Zulkifli Noordin, ahli politik terkemuka.

Teruja membaca buku ke-empat keluaran Akademi NLP Malaysia ini kerana ianya agak berlainan sedikit kerana ditulis dengan gaya santai dan senang difahami oleh sesiapa saja. Buku setebal 161 muka surat ini sarat dengan pengalaman penulis menangani isu/masalah menggunakan teknik NLP. Saya suka membaca buku ini kerana bukan saja pengalaman tetapi juga teknik NLP diterangkan secara mudah langkah demi langkah. Ianya boleh didapati dengan harga RM35 (Akademi NLP: 03-55134588).

Terima kasih kepada Akademi NLP Malaysia kerana menjemput saya. Insyaallah buku "NLP, Naga & Anda" akan mempunyai tempat di hati pembaca. Saya tidak teragak-agak untuk mencadangkan buku ini kepada mereka yang ingin mengetahui NLP dan mengamalkannya.