Jan 2012. Semasa perjalanan dari hotel ke Shahjalal International Airport, Dhaka saya amat kecewa kerana tidak dapat berbuat apa-apa melihat kekejaman berlaku di depan mata. Apa tidaknya, ianya seperti wayang tamil zaman dulu-dulu, kenderaan yang saya naiki terpaksa berhenti di satu simpang kerana kesesakan lalulintas. Semua kenderaan berhenti, orang ramai menyaksikan drama seorang taikun (mungkin gengster) keluar dari sebuah kereta mewah memukul dan menendang seorang pemandu rickshaws (tut-tut) betul-betul di tengah simpang. Beberapa rakan taikun tersebut berdiri di tepi kereta mewah bersebelahan dengan pintu yang terbuka, ala-ala kumpulan mafia.
Bahagian yang menyedihkan ialah setelah pemandu rickshaws dipukul teruk, ditendang kemudian jatuh tersandar di tayar hadapan rickshaws yang sama besar dengan tayar vespa. Kemudian taikun itu memijak badan dan berkata sesuatu sebelum meninggalkannya. Tiada siapa yang berani bersuara atau menegur perbuatan taikun tersebut. Entah apa salahnya, tetapi tindakan yang sebegitu tidaklah wajar kerana negara mempunyai undang-undang. Mungkin negara sudah blackout undang-undang.
Dalam perjalanan pulang ke Malaysia menaiki MAS (bukan AirAsia), saya teringat perbualan dengan rakan-rakan di sana. Seorang Profesor BUET (Bangladesh University of Engineering & Technology) memuji pihak pentadbiran universiti itu kerana mengambil langkah yang bijak kerana menjana elektik sendiri, jadi penyelidikan tidak terganggu oleh blackout yang sering terjadi di bandaraya itu. Seringkali yang dimaksudkan itu ialah hampir setiap hari.
Saya tanya sahabat saya punca masalah seperti blackout, pollution, poverty dan overpopulation (sekitar 12 juta) di bandaraya yang mempunyai sekitar 400,000 rickshaws itu. Menurut sahabat saya, punca masalah ialah kerana terlalu kerap demonstrasi. Boleh dikatakan setiap hari ada saja demonstrasi, biasanya di depan BUET katanya. Pada hari berangkat pulang juga saya diminta bertolak dari hotel lebih awal kerana dijadualkan demonstrasi.

Dalam hati saya berkata "Betullah, kalau asyik demonstrasi saja, bagaimana negara mahu progress dan masyarakat pula dibudayakan dengan tabiat melawan undang-undang dan peraturan. Macamana mahu disiplinkan masyarakat?" Gengster berleluasa di pekan-pekan juga adalah perkara biasa menurut rakan saya.
Walaupun begitu, terdapat sifat-sifat yang baik seperti amanah, kasih sayang dan rajin bekerja di kalangan penduduk Bangladesh mungkin kerana ajaran Islam masih diamalkan, sesuai dengan bandaraya Dhaka yang dikenali sebagai "City of Mosques". Seminggu di sana telah merubah persepsi saya tentang "Mat Bangla", saya lebih yakin dengan mereka sebagai rakan penyelidik dan suka bekerjasama dalam urusan kerja.