Selasa, 19 Mac 2013

Dr AK: U Buntu Sebab U Tak "Ubuntu"


 

Seorang Ahli Antropologi mencadangkan satu permainan kepada kanak-kanak suku kaum Xhosa di Afrika. Beliau meletakkan sebuah bakul penuh dengan buah-buahan berdekatan dengan sebatang pokok dan memberitahu mereka " Sesiapa yang pertama dapat bakul ini akan memperoleh kesemua buah-buahan ini " ujarnya. Apabila beliau menyuruh kanak-kanak itu supaya mula berlari, kanak-kanak itu memegang tangan mereka sesama sendiri dan berlari bersama-sama, dan kemudian duduk bersama untuk menikmati buah-buahan tersebut. Lantas beliau bertanya kepada kanak-kanak tersebut "Mengapa kalian berbuat demikian?" Kanak-kanak itu menjawab "UBUNTU, bagaimana hanya seorang sahaja daripada kami merasa gembira sedangkan yang lain sedih?" UBUNTU didalam budaya Xhosa bermaksud "Aku adalah kita semua".

Sumber: Internet

Tiada ulasan:

Catat Ulasan