Monday, March 18, 2013

Dr AK: Makna Dan Kebenaran?


Saya pernah ditanya, "Antara semua fahaman dalam Islam, mana satu yang BENAR?" Saya kata "Fahaman yang anda ikutlah yang benar kerana semua pengikut fahaman percaya fahaman merekalah yang benar, sebab itulah mereka ikut." Namun, kalau kita boleh keluarkan diri kita dan melangkah setapak ke belakang atau setingkat lebih tinggi ke level "kreatif" yang mana EGO iaitu sifat mazmumah seperti marah, dengki, benci, tamak dan taksub tiada dalam minda dan hati, kita akan dapati bahawa perbezaan fahaman adalah berkaitan dengan "MAKNA" (Semantik) yang kita beri dan akhirnya kita "PERCAYA" setelah melakukan meta-stating.

Perbezaan adalah berkaitan dengan "MAKNA" dalam mentafsirkan al-Quran. Ulama setiap fahaman secara arus perdananya teliti dalam memberi makna dan mempunyai peta minda tersendiri mengikut ilmu mereka, jadi yang mana BENAR (akhirnya), biarlah Allah yang menentukannya di akhirat sana. Oleh itu mudah untuk faham mengapa ulama-ulama besar pelbagai fahaman, seolah-olah seperti majisterium dalam Islam dengan koleksi 200 ulama dari 50 negara boleh bersepakat dalam mesej Amman (
http://www.ammanmessage.com/) kecuali mereka yang belum mampu menghilangkan EGO. Tuntutlah pelbagai ilmu dalam Islam termasuk NLP dan Neuro-Semantik, kemudian amalkannya agar boleh self-actualize, transcent dan bersaudara sesama Islam dalam erti kata yang sebenar.

Malangnya dalam senario politik di Malaysia sekarang, hanya isu kecil sudah "takfir" (menuduh kafir) walaupun sama fahaman agama iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah (Sunni). Tidakkah anda tertanya-tanya yang mana lebih besar, fahaman politik atau fahaman agama?


*********
Based on the fatwas provided by these great scholars (who included the Shaykh Al-Azhar; Ayatollah Sistani and Sheikh Qaradawi), in July 2005 CE, H.M. King Abdullah II convened an international Islamic conference of 200 of the world's leading Islamic scholars 'Ulama) from 50 countries. In Amman, the scholars unanimously issued a ruling on three fundamental issues (which became known as the 'Three Points of the Amman Message'):

  1. They specifically recognized the validity of all 8 Mathhabs (legal schools) of Sunni, Shi'a and Ibadhi Islam; of traditional Islamic Theology (Ash'arism); of Islamic Mysticism (Sufism), and of true Salafi thought, and came to a precise definition of who is a Muslim.
  2. Based upon this definition they forbade takfir (declarations of apostasy) between Muslims.
  3. Based upon the Mathahib they set forth the subjective and objective preconditions for the issuing of fatwas, thereby exposing ignorant and illegitimate edicts in the name of Islam.

No comments:

Post a Comment