25 Mac 2013. "Tulang lembu siapa di Bukit Kepelu, Kodiang?" tanya saya dalam hati ketika melihat fosil yang dipamerkan. Lawatan ke Muzium Geologi, UKM dilakukan bersama dengan pelajar Tahun 2 Jabatan Kejuruteraan Awam & Struktur, UKM yang sedang mengikuti kursus "Geoteknik 1" semester ini. Separuh semester mereka didedahkan dengan pengetahuan Geologi dan separuh lagi dengan Mekanik Tanah. Terima kasih kepada Puan Marilah dan Puan Hanieda kerana membantu dan melancarkan aktiviti ini. Saya hargai partisipasi dari semua yang terlibat.