Friday, February 22, 2013
Dr AK: Are You A Dreamer?
22 Feb. 2013. "Hessa cepat mandi, kita dah lewat ni", kata saya sambil membawa anak perempuan (5 tahun) yang masih khayal baru dikejutkan ke bilik air. Ketika memandikannya, saya lihat badannya mengeras, kepalanya menunduk dan air matanya mengalir tanpa suara. Mungkin saya meninggikan suara, seolah-olah memaksa. Untuk mendapat kembali moodnya, saya perlu bertanya dan bercerita dengan melebih-lebihkan VAK terutamanya bahagian Auditori dan Kinestetik. Mudah saja untuk mengembalikan mood anak, yang agak sukar mengendalikan mood "emak anak". :) Pagi hari ini agak sibuk kerana Selendang Sari ada urusan, membawa pelajarnya ke Serdang, jadi sayalah yang dipertanggung jawabkan untuk mengurus Hessa. Alhamdulillah, semuanya settled.
Jam 8 am pula dijemput oleh penyelaras kursus Corner Stone, Ir. Dr. Othman Jaafar untuk bertemu dengan pelajar Tahun 1 Kejuruteraan Awam yang bakal dibimbing dan dinilai hasil projek selama satu semester. Mereka belum pernah didedahkan dengan kursus kejuruteraan tetapi perlu menghasilkan cadangan untuk menyelesaikan masalah kejuruteraan mengikut pengetahuan yang sedia ada. Ianya adalah sesuatu yang praktikal untuk mencungkil kreativiti yang ada dalam diri mereka sebelum didedahkan dengan ilmu kejuruteraan.
Dalam ucapan saya yang ringkas, saya mencadangkan mereka menggunakan strategi Disney untuk menyelesaikan masalah iaitu menggunakan tiga keadaan minda, (i) dreamer, (ii) realist dan (iii) critic. Saya percaya dan yakin untuk menjadi seorang jurutera yang berjaya, seseorang itu perlu menjadi seorang dreamer, realist dan kemudiannya critic. Anda mungkin seorang yang realist dan critic, tetapi adakah anda seorang dreamer?- soalan khas untuk seorang yang bergelar jurutera.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment