Rabu, 6 Februari 2013

Dr AK: Modeling Berkesan


6 Feb. 2013. Hari ini bengkel NLP/NS Master Practitioner di Shah Alam memberi fokus kepada modeling berkesan. Ada 8 langkah untuk melakukan modeling dengan menggunakan tools seperti TOTE Model, Meta-States, Meta-Programs, Meta-Model, Meta-Modality (submodality), Neuro-logical level, SCORE model dan Disney Strategy. Terdapat 18 Prinsip Modeling berkesan yang diterang dan praktikkan.

Semua peserta berpeluang untuk menjadi model dan modeller. Satu pengalaman yang menarik dan berguna untuk mencari struktur/rules bagi sesuatu kemahiran atau pencapaian yang ingin dimodelkan. Untuk kumpulan saya, kami memodelkan kemahiran menunggang motosikal berkuasa besar, memancing ikan di laut, menguruskan sumber manusia dengan NLP dan mengambil gambar secara profesional.