Friday, February 8, 2013
Dr AK: Meta Masters
8 Feb. 2013. Hari ini berakhirlah program "META MASTERS" bagi pensijilan Neuro-Semantics (ISNS, USA). Awal-awal pagi peserta sudah membentangkan hasil modeling yang telah dilakukan semalam. Selepas itu, kami dijemput oleh Tn Hj. Md Taib untuk makan tengahari (nasi beriani) bersama dengan rakan-rakannya di sebuah restoran di Shah Alam, port Tn. Hj. Md bersarapan pagi sambil borak politik.
Petangnya aktiviti pembentangan diteruskan lagi. Rasa seperti viva untuk program sarjana pula. Modeling adalah perkara yang utama dalam NLP/NS kerana ilmu ini bermula dengan kebolehan melakukan modeling, i.e. Dr. Richard Bandler memodelkan Fritz Perl dalam Gestalt Therapy. Saya bentangkan metodologi yang saya gunakan untuk memodelkan kemahiran menulis cerpen kreatif Dr. Faisal Tehrani. Terima kasih kepada beliau kerana mempunyai jiwa yang besar, sudi membantu dan bekerjasama. Saya hargai perkongsian pengalaman dan pengetahuan ini. Kalau saya jadi sasterawan negara suatu hari nanti macam beliau, jangan ada yang hairan pula ya. :)
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tn. Hj. Md Taib di atas segala ilmu dan pengetahuan yang dicurahkan dengan murah hati serta warga Akademi NLP Malaysia yang hebat-hebat belaka.