Thursday, February 7, 2013

Dr AK: Logical Level dan Corak-Corak Bahasa


7 Feb. 2013. Hari ke-empat modul terakhir Master Practitioner NLP/NS berkisar kepada penapis persepsi dalam modeling termasuklah Neuro-Logical Level dan Corak-Corak Bahasa.

Mungkin anda tertanya-tanya apakah modul yang diperlukan untuk mencapai NLP/NS Master Practitioner yang diikhtiraf oleh ISNS (International Society of Neuro-Semantics), USA?

Modul yang perlu diharungi ialah (i) NLP/NS Basic Practitioner, 6+2 hari, (ii) LAB (Language and Behaviour) Profile (SS, Canada), 3 hari, (iii) APG (Accessing Personal Genius, ISNS), 3 hari, (iv) Mind Lines (ISNS), 2 hari, (v) Meta-Trance Model (ISNS), 2 hari, (vi) Time-line Therapy (ISNS), 2 hari dan (vii) NLP/NS Master Practitioner, 5 hari.

Amali di lapangan untuk hari ini ialah melakukan modeling kemahiran seorang yang benar-benar pakar. Saya berlatar belakangkan teknikal (kejuruteraan), banyak menggunakan otak kiri dan jarang menggunakan otak kanan. Saya ingin memodelkan kemahiran menulis cerpen kreatif dan sudah tertentunya Dr. Faisal Tehrani, Sasterawan Negara adalah calon yang sesuai kerana beliau telah menghasilkan puluhan buah cerpen kreatif, memenangi pelbagai hadiah termasuk Hadiah Sastera Perdana Malaysia 96/97. Alhamdulillah, beliau sudah dihubungi dan bersetuju untuk ditemubual.