Sunday, February 3, 2013
Dr AK: Wow! Game Trainers Play
3 Feb 2013. Di pagi Ahad yang syahdu ini jika sambung tidur hingga matahari setinggi tiga galah amat mengujakan terutama apabila badan terasa letih setelah pulang dari Indonesia. "Bangun Hessa! cepat mandi nanti lewat sampai ke Senawang. Kita ada bengkel hari ini", kata saya mengejutkan anak perempuan (5 tahun) yang sedang tidur nyenyak dalam keadaan terbalik arah, entah bila dia masuk ke dalam bilik semalam. Selepas main wayang kulit (bayang) dengan cahaya lampu tidur yang sentiasa terbuka apabila bilik gelap dan mendengar cerita rekaan spontan saya yang penuh dengan VAK, dia terlena di bilik tidurnya.
Pagi ini Hessa perlu bangun awal, mandi dan mengikut saya dan Selendang Sari ke bengkel "Game Trainers Play" yang dikendalikan oleh Hj. Azmi, rakan NLP saya (Group 15) pada tahun 2010. Walaupun sesuatu yang biasa dalam PLF (Profesional Learning Facilitator) family untuk membawa anak, saya pastikan Hessa mendapat perhatian penuh dari saya supaya tidak mengganggu perjalanan bengkel. Alhamdulillah tidak banyak masalah menjaga Hessa yang baru pertama kali mengikut kami. Saya pasti dia juga gembira dapat melihat, mendengar dan merasai aktiviti yang dilakukan oleh kami semua, peserta bengkel yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Ada guru, ada doktor, ada pensyarah, ada trainer dan semestinya semua menghargai ilmu dan persembahan yang disampaikan oleh Hj. Azmi sebagai facilitator yang berpengalaman terutama sekali mengenai game dalam training.
Terdapat pelbagai game yang diterang dan dipraktikkan dalam bengkel ini sehingga saya rasa sebarang bengkel yang dikendalikan tidak akan pernah kering (dry). Tahniah dan terima kasih kepada Hj. Azmi kerana berkongsi ilmu dan pengalaman. Saya doakan semoga buku beliau mengenai topik ini dapat diterbitkan dengan lancar dan sempurna. Pastinya saya adalah antara orang yang akan membelinya. Ia amat membantu pendidik, facilitator, trainer dan sesiapa saja yang terlibat dengan aktiviti perlatihan. Salam perkenalan juga kepada peserta yang baru dikenali, semoga hubungan berkekalan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment