Sunday, February 17, 2013

Dr AK: Burung dan Rezeki


17 Feb 2013. "Ooi burung! tak dak ikan situ, buat penat saja jadi tunggul", kata saya pada seekor burung yang sedang mematikan pergerakan badan sejak dari mula saya sampai ke Tasik Cempaka, Bangi hinggalah saya mahu balik. Sudah lebih 30 min dan 2 km saya berjalan dengan Selendang Sari dan Hessa mengelilinggi tasik. Hari ini mulai insaf yang diri sudah lama tidak bersenam tambahan pula memikirkan ekologi. Banyak outcome yang ingin dicapai tapi semua itu bergantung kepada kesihatan yang selalu dilupakan dalam setiap perancangan. 

Ketika melihat burung itu, saya bermeta-stating entah sampai ke berapa tingkat abstraksi. Burung itu yakin dengan strateginya iaitu mematikan pergerakan, tunggu ikan datang dan memagutnya dengan pantas, selebihnya terserah kepada Allah untuk menyempurnakan rezeki untuknya pada hari itu. Saya pasti ada rezeki dan ia tidak akan pulang dengan perut kosong.

Saya tertanya-tanya, mungkinkah ia menggunakan teknik visualization dan doa. Saya juga tertanya-tanya apakah saya mampu bersabar seperti burung itu yang redha dengan ketentuan Allah bila masa berlalu begitu lama. Saya juga tertanya-tanya adakah saya akan berputus harap dan memulakan strategi baru bila masa berlalu lama dan merasakan rezeki tidak sampai. Hidup ini seolah-olah satu permainan yang perlukan kita menunggu, menunggu dan menunggu. Namun, yang pasti dalam mencapai matlamat, strategi dan usaha di samping doa adalah perlu. Berusaha, berdoa dan bersabarlah dengan bersungguh-sungguh, rezeki itu lambat-laun akan diperolehi.

Rezeki untuk saya dan Selendang Sari pagi ini ialah Mc Chicken with Egg dan rezeki Hessa pula Pan Cake walaupun ada yang "pau" rezekinya sedikit hasil rapport menggunakan teknik NLP.






No comments:

Post a Comment