Saturday, February 9, 2013

Dr AK: Tulisan Cerminan Diri


Sumber: FB Mohd Fauzi Nordin (edited)

2 Feb 2013. Kursus 1 hari "Mengenali Kelebihan Diri Melalui Tulisan (Panduan Menganalisa Tulisan Tangan) telah diadakan di CS HRM Services, Taman Kosas, Ampang. Ianya dikendalikan oleh Cik Khadijah Ibrahim. Saya ingin mengikuti tetapi masih di Indonesia pada hari tersebut.

Walaubagaimana pun Selendang Sari dapat menyertainya. Kesian dia, terpaksa memandu kereta seorang diri berpandukan GPS dan Hessa pula dititipkan di rumah pengasuh. Saya tertanya-tanya juga siapa Cik Khadijah Ibrahim, rupanya kami pernah mengikuti kursus "Self-Leadership Training" yang disampaikan oleh Colin Cox dan Lena Gray pada tahun lepas.  

Menurut Selendang Sari, kursus tersebut sesuai dan praktikal terutamanya kepada guru yang seringkali melihat tulisan tangan pelajar. Sejak beberapa hari penelitian ke atas tulisan pelajar yang diketahui keperibadian mereka, dia merumuskan hasil kaedah analisa tulisan tangan tersebut adalah tepat dan saya juga merupakan salah seorang viktim analisa tulisan tangannya. Nasib baik palang bagi huruf t saya tinggi sekurang-kurangnya dapatlah sedikit pujian.

Untuk mengubah sikap pelajar, perbaikilah tulisan tangan mereka. Bukankah ini pendekatan halus yang boleh dilakukan oleh guru dalam memupuk "soft skills" pelajar tanpa perlu memarahi atau menegur. Ianya melibatkan minda di bawah sedar (subconscious). Bukan untuk pelajar saja, diri sendiri (guru dan siapa saja) juga boleh mengamalkannya jika mahu hidup lebih cemerlang.