Tuesday, February 19, 2013

Dr AK: Menulis Blog, Apa Yang Kau Mahu?

18 Feb 2013. Hari ini adalah hari pertama kuliah bagi semester baru. Teruja melihat wajah ceria pelajar "Kej. Geoteknik 1". Semuanya bersedia untuk gembira dengan sepuas hati dalam kursus ini. Hari ini juga genaplah enam bulan menulis blog "Meta-State Engineering". Mungkin sekarang masa yang sesuai untuk menoleh ke belakang dan menilai semula. Soalan utama yang perlu dijawab sendiri secara Ad (audio digital) ialah; Menulis Blog, Apa Yang Kau Mahu?

Jawapan: Ada banyak sebab, alasan apa yang kau mahu? :)

OKlah, aku tak mahu menambahkan kusut, aku menulis kerana

(i) aku mahu meninggalkan jejak kepada anak-anakku yang jauh di perantauan, kepada isteri dan keluargaku, kepada sahabat-sahabatku dan kepada masyarakat di sekelilingku - kalau baik contohi, kalau buruk perbaiki - aku bukanlah seorang yang sempurna dalam segala segi dan aku bukanlah seorang yang cukup disiplin untuk menulis diari.


(ii) aku mahu menyampaikan info terkini aktiviti "meta-states" kepada semua yang berminat dan kepada yang mahu melangkah kehadapan termasuklah bengkel yang aku kendalikan iaitu "MATLAB dan ANN" serta "NLP Untuk Penyelidik". Dengan kata lain, ianya adalah satu strategi pemasaran juga.


(iii) aku mahu menulis, mungkin ada pengajaran berguna untuk mereka yang mahu membuat refleksi diri. Kebanyakan posting adalah apa yang aku rasa, apa yang aku lihat dan apa yang aku dengar. Ada juga cerita dongeng. Aku jarang memberi nasihat secara sedar (conscious) seperti "anda perlu buat begitu, anda perlu buat begini", aku lebih suka bercerita, bermetafora supaya impaknya adalah di bawah sedar (subconscious). Ia dapat mengurangkan bilangan jiwa yang resah kerana dinasihati, dituding jari ke batang hidung. Kalau menuding jari ke batang hidung aku sendiri atau ke batang hidung Serigala dalam cerita dongeng semua boleh terima dengan senang hati.

http://serigalavenus.files.wordpress.com/2011/05/serigala2.jpg

(iv)  aku mahu mempamerkan gambar-gambar digital yang memenuhi kad memori sebagai kenangan. Mahukah kamu aku ceritakan hobi yang selama ini aku dipendamkan? Ya! tepat jangkaan kamu. Aku suka fotografi dan boleh dianggap berjaya. Tengok gambar ini, aku menang tempat pertama dowh. :)

Tempat pertama Bengkel Fotografi Kebangsaan Ke-5, 2009
(v) bolehkah aku kata "aku menulis bukan kerna nama, kerna sifat kasih pada sesama insan dan menyatakan kasih sayangku. Kita sama semuanya sama, apa yang ada hanyalah kehidupan" seperti lirik lagu pujaan ramai?

http://puteraduyong.com/blog/wp-content/uploads/2011/09/sahabat.jpg

No comments:

Post a Comment