Saturday, August 18, 2012

NLP: Ini Pun Akan Berakhir

Seorang petani yang kaya meninggal dunia. Dia mempunyai dua orang anak lelaki. Sepeninggalan si ayah, kedua lelaki ini hidup bersama dalam satu rumah. Pada satu hari mereka bertengkar dan memutuskan untuk berpisah dan membagi harta warisan ayah mereka. Setelah membahagi harta, masih tertingal satu kotak yang selama ini disembunyikan oleh ayah mereka.

Mereka membuka kotak itu dan menemukan dua buah cincin di dalamnya, satu dibuat daripada platinum bertahtakan berlian dan satu lagi daripada gangsa yang murah. Melihat cincin berlian itu, timbullah rasa tamak si abang dan berkata “Aku rasa cincin ini bukan milik ayah tapi warisan turun-temurun dari nenek moyang kita. Oleh itu, kita harus menjaganya untuk anak-cucu kita. Sebagai anak yang sulung, aku akan menyimpan yang mempunyai berlian dan kamu simpan yang gangsa.”


Si adik tersenyum dan berkata “Baiklah, ambil saja yang berlian dan aku ambil yang gangsa”.
Keduanya mengenakan cincin tersebut di jari masing-masing dan berpisah.


Kedua mereka mengalami jatuh bangunnya dalam kehidupan. Ketika berjaya, si abang berpesta, mabuk-mabukan dan lupa daratan. Ketika gagal, si abang menderita tekanan batin, tekanan darah tinggi serta berhutang di sana-sini. Demikianlah terjadi dari masa ke masa sehingga dia sukar untuk tidur dan terpaksa makan ubat penenang jiwa. Akhirnya dia terpaksa menjual cincin berlian untuk membeli ubat.


Sementara itu, ketika berjaya si adik mensyukurinya, tidak menjadi sombong dan lupa daratan. Ketika gagal, dia tidak terjerumus dalam kesedihan. Hidupnya tetap saja naik-turun, kadang-kadang berjaya dan kadang-kadang gagal, namun dia tahu bahwa tiada yang kekal selamanya. Semua yang berlaku, akan berakhir dan dia juga sentiasa menginggatkan mati setiap kali memandang cincin gangsa tersebut.


Dia hidup dalam tenteram, seimbang dan bahagia. Ini terjadi kerana selepas mendapat cincin gangsa si adik tertanya-tanya dalam hati “Tidak aneh kalau ayah menyimpan cincin platinum bertakhtakan berlian yang mahal itu tetapi kenapa ayah menyimpan cincin gangsa yang murah ini?” Dia memerhati dengan teliti pada cincin itu dan bertemu sebuah kalimat terukir di cincin itu yang berbunyi “INI PUN AKAN BERAKHIR”. “Oh! rupanya ini kalimat ayah untuk berjaya dalam hidup yang dipasak (anchor) pada cincin” katanya sambil mengenakan cincin tersebut.
 
Kalimat itulah yang sentiasa menginggatkan dia ketika jatuh dan bangun dalam kehidupan setiap kali dia melihat cincin gangsa itu.


* Apakah kalimat yang kita pegang dan di mana kita membuat pasakan (anchor) untuk hidup berjaya di dunia dan akhirat?

Sumber: Internet

No comments:

Post a Comment