Si mahasiswa berkata kepada rakannya "Bagaimana kalau kita sembunyikan kasut itu kemudian kita lihat apa yang akan terjadi".
Rakannya itu menjawab, "Kita tidak seharusnya bergembira dengan menyusahkan orang lain. Untuk lebih merasai gembira caranya adalah dengan memasukkan wang ke dalam kedua kasutnya. Setelah itu kita bersembunyi untuk melihat reaksi orang tersebut".
Mahasiswa itu pun melakukan apa yang dicadangkan oleh rakannya, lalu mereka bersembunyi di sebalik semak. Tak lama kemudian, pemilik kasut keluar dari hutan dan bergegas-gegas mengambil kasutnya. Ketika memasukkan salah satu kakinya, dia merasakan ada benda di dalam kasutnya. Dia nampak terkejut dan hairan kerana ada wang di dalam kasutnya. Dia memegang wang tersebut, lalu melihat ke sekelilingnya. Dia tidak melihat seorang pun di sana, lalu memasukkan wang tersebut ke dalam poketnya sambil memasang kasut lainnya.
Kemudian dia terkejut lagi kerana ada wang di dalam kasutnya yang satu lagi. Perasaan terharu menguasainya, dia memandang ke langit dan berkata sesuatu kepada Allah, suaranya jelas keluar dari mulut.
Dia berbicara mengenai isterinya yang sakit serta anaknya yang kelaparan kerana tidak ada wang.
Dia bersyukur atas kemurahan yang Allah berikan melalui orang yang dia tidak ketahui.
Melihat hal itu, si mahasiswa menitiskan airmata dan sangat terharu. Dia berpaling pada rakannya lalu berkata "Kau telah memberiku pelajaran yang tidak akan aku lupakan. Kini aku mengerti bahawa lebih bahagia memberi daripada menerima".
* Untuk bahagia, bahagikan keuntungan atau pendapatan; 10% untuk memberi kepada yang kurang upaya, 10% untuk menabung, 10% membayar hutang dan 70% untuk belanja harian.
Sumber: Internet
No comments:
Post a Comment