Sabtu, 18 Ogos 2012

NLP: Bagaimana Hendak Berjaya

Seekor arnab sedang berehat di tepi pantai. Tiba tiba datang seekor musang besar yang hendak menangkapnya. Lalu arnab itu berkata "Kalau memang kamu berani, ayuh kita bergaduh di dalam lubang arnab. Yang kalah akan jadi makanan yang menang dan aku yakin aku akan menang".

Musang rasa tercabar dan berkata "Di manapun boleh, bila kau nak melawan aku?".

Mereka pun masuk ke dalam sarang arnab. Sepuluh minit kemudian si arnab keluar sambil menggenggam sebelah paha musang dan memakannya.

Si arnab kembali berehat di tepi pantai. Tiba tiba datang seekor serigala besar yang hendak menangkapnya. Lalu arnab berkata "Kalau memang kamu berani, ayuh kita bergaduh di dalam lubang arnab. Yang kalah akan jadi makanan yang menang dan aku yakin aku akan menang".


Serigala rasa tercabar dan berkata "Di mana pun jadi, Takkan kau boleh menang melawan aku?".


Mereka pun masuk ke dalam sarang arnab. Lima belas minit kemudian si arnab keluar sambil menggenggam sebelah paha serigala dan memakannya dengan nikmat.


Si arnab kembali bersantai di tepi pantai. Tiba tiba datang seekor beruang yang hendak menangkapnya. Lalu si arnab berkata "Kalau kau berani, ayuh kita bergaduh di dalam lubang arnab. Yang kalah akan menjadi makanan yang menang dan aku yakin aku akan menang".


Beruang rasa tercabar dan berkata, "Di manapun jadi, takkan kau boleh menang melawan aku?".


Mereka pun masuk ke dalam sarang arnab. Tiga puluh minit kemudian arnab keluar sambil menggenggam sebelah paha beruang dan memakannya dengan nikmat.


Ketika waktu senja sudah tiba, si arnab kembali ke sarangnya. Dia melihat ke bawah dan melambai "Hai kawan! Keluar! Hari sudah senja, esok kita sambung lagi".


Keluarlah seekor harimau dari lubang itu, sangat besar badannya. Sambil menguap Harimau berkata "Kerjasama kita berjaya hari ini, kita makan kenyang dan saya tidak perlu mengejar ke sana-sini menangkap buruan".


* Orang yang berjaya selalu berfikir mengenai kerjasama sementara orang yang gagal selalu berfikir bagaimana menjadi tokoh yang paling berjaya.

Sumber: Internet

Tiada ulasan:

Catat Ulasan