Saturday, August 18, 2012

NLP: Ketam Marah


Bagaimana cara memancing ketam?

Dengan menggunakan sebatang buluh, ikatkan tali di hujung batang buluh, dan di hujung tali pula ikatkan seketul batu kecil. Ayunkan buluh supaya batu di hujung tali terayun menu
ju dan menggena ketam sehingga ia marah.

Jika berhasil, ketam akan menyepit tali atau batu itu dengan geramnya sehingga boleh ditangkap dan dimasak ketam tersebut.

Ketam itu menjadi korban kerana kemarahan dan kegeramannya terhadap gangguan seketul batu kecil.

* Kita sering melihat banyak orang mengalami kesulitan, menghadapi masalah, kehilangan peluang, kehilangan kerja, bahkan kehilangan segalanya karena MARAH. Pastikan kita tahu mengendalikan marah supaya tidak kerugian.

Sumber: Internet

No comments:

Post a Comment