Ada seorang pemuda yang buta huruf bekerja sebagai pengawal di sebuah sekolah. Sudah lebih 20 tahun dia bekerja di situ. Suatu hari pengetua sekolah itu telah bertukar dan menerapkan peraturan baru.
Semua pekerja mesti boleh membaca dan menulis jadi pengawal yang buta huruf itu terpaksa diberhentikan kerja.
Mulanya dia sangat sedih dan tidak berani pulang ke rumah untuk memberitahu isterinya. Dia berjalan seorang diri di sepanjang jalan. Tiba-tiba muncullah idea untuk membuka kiosk di tepi jalan tersebut. Tidak disangka, usahanya berjaya, dari satu kiosk sampai jadi beberapa kiosk. Kini dia menjadi seorang pengusaha yang berjaya dan kaya.
Suatu hari, dia pergi ke bank untuk membuka akaun, namun kerana buta huruf, dia tidak boleh mengisi borang. Pegawai bank datang membantunya.
Pegawai bank berkata, "Wah! Tuan yang buta huruf saja mampu mengumpul wang sebanyak ini, apalagi kalau tuan boleh membaca dan menulis, pasti lebih kaya lagi".
Dengan tersenyum dia berkata, "Kalau saya boleh membaca dan menulis, pasti saya masih menjadi pengawal sekolah".
* Apa yang nampak seperti musibah, boleh jadi merupakan NIKMAT untuk kita. Berbaik sangkalah dengan Allah.
Sumber: Internet
No comments:
Post a Comment