Sabtu, 18 Ogos 2012

NLP: Biola Dengan Satu Tali


Niccolo Paganini, seorang pemain biola yang terkenal di abad 19, memainkan konsert untuk para peminatnya. Dia bermain biola dengan diiringi oleh orkestra yang lengkap.

Tiba-tiba salah satu tali biolanya putus. Keringat dingin mulai membasahi dahinya tapi dia menerus memainkan lagunya. Kejadian yang sangat mengejutkan tali biolanya yang lain pun turut putus satu persatu hanya meninggalkan satu tali sahaja, tetapi dia tetap bermain. Ketika para penonton melihat dia hanya memiliki satu tali dan tetap bermain,mereka berdiri dan berteriak, "Hebat!, Hebat!".


Paganini menyuruh mereka duduk. Penonton menyedari tidak mungkin dia dapat bermain dengan satu tali. Paganini memberi hormat pada para penonton dan memberi isyarat pada pengiring orkestra untuk meneruskan bahagian akhir dari lagunya itu. Dengan mata bersinar dia berkata, "Peganini dengan satu tali". Dia meletakkan biolanya di dagu dan mula memainkan bahagian akhir dari lagunya dengan indah sekali. Penonton sangat terkejut dan kagum pada kejadian itu.


* Hidup kita dipenuhi oleh pelbagai persoalan, kekuatiran, kekecewaan dan semua hal yang tidak selesa. Kita seringkali menghabiskan terlalu banyak masa untuk memikirkan pada tali kita yang putus dan segala sesuatu yang kita tidak dapat ubah. Jangan melihat ke belakang, majulah terus, mainkan tali satu-satunya itu.


Sumber: Internet

Tiada ulasan:

Catat Ulasan