Saturday, August 18, 2012

NLP: Kepuasan Pelangan

Seorang pemuda masuk ke sebuah pasaraya untuk menggunakan telefon awam di sebelah kedai ubat. Semasa bercakap di telefon awam dia berkata "Puan, apakah puan memerlukan khidmat untuk membersihkan kebun?".

Wanita di telefon itu menjawab "Saya sudah membayar seseorang untuk membersihkannya".


"Puan boleh membayar saya setengah harga saja dari apa yang ditawarkan kepada puan" kata pemuda itu seolah-olah wanita itu sudah berpuas hati dengan hasil kerja dari orang tersebut.


Namun pemuda itu tidak berputus asa dan menawarkan, "Puan, saya juga akan menyapu pinggiran jalan dan halaman rumah puan”.


Berbagai tawaran diberikan, namun wanita itu tetap menolak. Sambil tersenyum, pemuda itu meletakkan gagang telefon.


Pemilik kedai ubat yang mendengar perbualan menghampiri pemuda itu dan berkata "Saya suka sikap kamu itu. Saya mengagumi semangat yang kau miliki. Bagaimana kalau kamu bekerja untuk saya saja?".


Pemuda itu menjawab, "Terima kasih, saya sudah ada kerja. Sebenarnya saya hanya menyemak hasil pekerjaan saya sendiri".

* Pastikan pelangan berpuas hati dengan khidmat yang kita diberikan.

Sumber: Internet

No comments:

Post a Comment